ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ibu mentua tertinggal di lebuh raya dalam perjalanan balik kampung

Berita Global

Views

Seorang wanita dilaporkan hilang selepas tidak sengaja ditinggalkan keluarganya di Kilometer 91, lebuh raya Tangerang-Merak, Sabtu lalu.

Portal Kompas melaporkan, insiden berlaku ketika wanita berkenaan dalam perjalanan untuk pulang ke kampung bersama keluarganya dari Tangerang menuju ke Palembang.

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

Menantunya, Umam berkata, ibu mentuanya tertinggal sewaktu turun daripada kenderaan untuk pergi ke tandas di tepi lebuh raya arah Pelabuhan Merak.

Menurut Umam, ibu mentuanya hilang kira-kira jam 8 pagi waktu tempatan dan belum ditemukan sehingga kini malah gagal dihubungi kerana tidak membawa telefon bimbit bersama.

Jelasnya, ibu keluar daripada kenderaan untuk ke tandas ketika mereka singgah ke satu kawasan di tepi jalan. Lebuh raya sesak dan mereka sudah memperlahankan kenderaan supaya ada tidak jauh daripada tandas.

JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian

Bagaimanapun, kenderaan di belakang membunyikan hon dan ibu pula tidak membawa telefon bimbit mahupun wang bersama.

Kata Umam, bapa saudara turut cuba mencari ibu mentuanya, malah berlegar di kawasan itu selama lima kali namun gagal menemuinya dan turut tersangkut dalam kesesakan.

Sementara itu, anak kandung Dewi, Putri meminta jasa baik orang ramai yang ternampak atau menemui ibunya supaya dapat membantu. Tambah Putri, semoga ibunya ditemui, kali terakhir dia memakai tudung biru, baju hitam dan seluar denim.

Sumber: Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply