ARKIB

KATEGORI

Buletin

Iklan ‘Zero downpayment’ kereta adalah satu kesalahan

Berita Tempatan

Views

Sebenarnya kami agak terkejut bila membaca artikel yang dikeluarkan oleh Harian Metro semalam. Akhbar tersebut melaporkan, syarikat menjual kenderaan baharu dan terpakai yang menawarkan penjualan tanpa deposit kepada pelanggan adalah menyalahi undang-undang negara ini.

Taktik tersebut telah digunakan kebanyakan syarikat penjual kereta adalah semata-mata untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda dan memanipulasi pelanggan mereka.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor Azman Adam berkata, tawaran ‘zero downpayment’ itu akan menarik lebih ramai pembeli kerana tidak perlu menyediakan simpanan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada harga kenderaan berkenaan.

Katanya, ada antara penjual kereta dikesan memanipulasi harga menerusi ciri dan reka bentuk kereta sebelum menawarkan kaedah pembelian tanpa deposit kepada pelanggan. Jika pembeli ditetapkan membayar 10 peratus deposit daripada harga kenderaan, ia menunjukkan keupayaan pembeli untuk membayar ansuran bulanan serta mengurangkan komitmen bulanan.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Proton Exora RC (Running Change) tertiris – Bakal ada ciri “Hai Proton!”?

Ia juga dapat mengelakkan pembeli daripada disenarai hitam atau diisytihar bankrap sekiranya bayaran bulanan tinggi. Berdasarkan Akta Sewa Beli (ASB) 1967, pembeli perlu membayar tidak kurang daripada satu persepuluh harga tunai kenderaan yang termaktub dalam perjanjian. Syarikat yang tidak mematuhi peraturan itu boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 31(1) ASB 1967.

Menurut Azman, pihaknya menjalankan Ops 0% ASB 1967 di seluruh Selangor dengan melakukan pemeriksaan terhadap 35 syarikat menjual kenderaan. Operasi itu dilakukan selepas mendapati tawaran pembelian tanpa deposit semakin berleluasa demi menarik keuntungan lumayan.

Hasil operasi itu mendapati 11 syarikat melanggar peraturan kerana tidak mengambil deposit kurang 10 peratus. Semua syarikat yang melanggar peraturan tersebut telah diarah untuk menghentikan promosi iklan ‘zero downpayment’ dan siasatan lanjut kini sedang dijalankan.

JOM BACA >> INTIP : Proton Persona facelift sedang jalani penggambaran iklan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply