ARKIB

KATEGORI

Info

IMBAU KEMBALI: Model ini sepatutnya jadi model SUV pertama Proton kira-kira dua dekad yang lalu

Info

Views

Mungkin ramai di antara kita yang tidak tahu yang Proton sebenarnya telah merancang untuk mengeluarkan model SUV dengan kerjasama rakan teknikalnya pada ketika itu Mitsubishi Motors sejak dari tahun 1997 lagi. Info ini kami perolehi menerusi perkongsian rakan kami, Theophilus Chin yang mengimbau kembali satu artikel lama yang ditulis oleh wartawan permotoran senior, Chips Yap.

Menerusi artikel tersebut, Proton telah bersetuju dengan rakan teknikalnya Mitsubishi Motors untuk mengadakan usahasama untuk membangunkan dua model baharu. Model tersebut adalah berdasarkan Mitsubishi Pajero Mini dan Mitsubishi Town Box (MPV mini) yang dikenali sebagai Proton Juara.

Kedua-dua model ini akan mengalami proses kejuruteraan semula dengan salah satu daripadanya bakal dilancarkan seawal tahun 2000 (ketika artikel tersebut ditulis), manakala model kedua akan dilancarkan setahun selepas itu (2001). Pada tahun 2000 juga Proton turut memperkenalkan sebuah model sedan yang menggunakan pelantar Mitsubishi Carisma, iaitu Proton Waja.

JOM BACA >> INTIP : KIA Seltos mula tiba di Malaysia

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton pada ketika itu, Tengku Datuk Mahaleel, sebelum ini Proton menggunakan reka bentuk Mitsubishi dan mengadaptasikannya sebagai model mereka dan perlu membayar royalti untuk reka bentuk tersebut. Namun dengan perjanjian terbaharu, Proton akan bersama-sama membangunkan model dan ia akan menjadi program perkongsian tanpa perlu pembayaran royalti.

Tambah Tengku Mahaleel, Proton telah mempunyai kepakaran untuk melakukan kejuruteraan semula, seperti yang telah dibuktikan pada model Satria GTI. Sebenarnya perancangan untuk membangunkan model SUV kecil telah dirancang sejak tahun 1997, juga menerusi model Pajero Mini. Walaubagaimanapun, apabila Perodua mengumumkan mereka berhasrat untuk menawarkan model yang berdasarkan Daihatsu Terios (Perodua Kembara), perancangan tersebut telah dibatalkan.

Sumber dalaman Proton berkata, perancangan tersebut dibatalkan kerana tidak ada gunanya memasuki pasaran pada masa itu dengan model yang hampir sama. Namun segalanya berubah sejak Perodua Kembara berjaya mendominasi hampir 95 peratus jualan SUV di Malaysia dalam tempoh dua tahun.

Ia sekali gus membuatkan Proton mengubah pendirian mereka dan merancang untuk hanya menawarkan Pajero Mini versi dua pintu dan tanpa pacuan empat roda (4WD). Menurut perancangan tersebut, Proton akan menghasilkan sekurang-kurangnya 15,000 unit model itu setahun dengan sasaran jualan 60 peratus yang ketika itu sekitar 26,000 unit setahun.

JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

Mahaleel juga memberi petunjuk yang model terbaharu itu akan dijual dengan tanda harga tidak lebih dari RM45,000 seunit, kerana ia melibatkan lebih kandungan tempatan. Kata beliau, mereka akan melakukannya dengan yang yang sedikit berbeza, kerana program lokalisasi model tersebut akan diselesaikan dalam tempoh singkat, sekali gus mengurangkan penggunaan komponen import yang kosnya lebih mahal.

Tambahnya, objektif Proton adalah untuk mendapatkan sehingga 80 peratus kandungan tempatan secepat yang mungkin. Meskipun kapasiti pengeluaran tidak lebih dari 250,000 unit setahun pada ketika itu, Mahaleel yakin pengeluaran model khusus seperti ini tidak akan menjadi produktif.

Kata beliau, keputusan untuk membangunkan kereta sport bersama Lotus dan dua model baharu bersama Mitsubishi ini memberi petunjuk kepada hala tuju Proton pada masa depan. Tambah beliau, Proton akan mendapat margin keuntungan yang lebih baik dengan model seperti itu berbanding dengan model massa yang perlu dijual dalam jumlah yang besar.

Namun perancangan tersebut hanya tinggal sebagai kenangan kerana model SUV pertama Proton hanya membuahkan hasil setelah perkahwinan ketiga mereka bersama Geely (X70), meskipun dalam perkahwinan terdahulu bersama Mitsubishi Motors dan juga Lotus, mereka pernah merancang untuk mengeluarkan produk yang sama.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Theophilus Chin

JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung
JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply