ARKIB

KATEGORI

Info

IMBAU KEMBALI : Proton Coupe Evolution 16V – Spesies Putra paling ‘rare’ pernah dihasilkan

Info

Views

Dalam artikel terdahulu, kami kongsikan satu model Proton yang mungkin tidak pernah disangka akan kewujudannya, iaitu Sembilu. Anda rasa model Proton apa yang paling ‘rare‘ pernah dihasilkan selain Satria GTi R3 dan Satria Neo R3 Lotus Racing? Jawapannya adalah Proton Coupe Evolution 16V yang dibangunkan dari model Putra.

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

Menurut laman Facebook Traction Drive, model ini malangnya tidak dijual di Malaysia dan hanya untuk pasaran di United Kingdom (UK) sahaja. Dikatakan tidak sampai 5 unit model ini yang masih ‘bernyawa’ menurut salah seorang daripada pemiliknya, iaitu Jonny Surplis.

Apa yang membezakan dengan model Putra standard di Malaysia?

Pakej kit badan Evolution. Selain kit badan, ia turut dipasang dengan rim aloi bersaiz 15-inci dan stereng daripada jenama Momo serta tempat duduk jenis bucket dari Recaro, sama seperti model Putra di Malaysia.

JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?

Bukan itu sahaja, ia turut ditawarkan dengan pakej naik taraf enjin 4G93 1.8 liter yang asalnya hanya mampu menghasilkan 133 kuasa kuda yang telah ditingkatkan kepada 150 kuasa kuda! Proton Coupe Evolution 16V hanya didatangkan dengan satu warna sahaja iaitu, kuning.

Portal permotoran Petrolblog.com mengatakan, harga jualannya adalah £13,999 (RM76,784) semasa ia mula diperkenalkan pada 1999. Namun disebabkan penurunan harga pada model Proton Coupe standard, harga turut diturunkan kepada £12,999 (RM71,299).

Korang ingat Mitsubishi je yang ada Evolution, Proton pun ada tau!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Traction Drive dan Petrolblog.com

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mer’a’ (Nissan Almera) baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply