ARKIB

KATEGORI

Buletin

Imej 3D Proton Perdana Executive Concept 2018 – Lebih moden dan elegan!

Views
Proton Perdana Executive - Concept 2018

Seperti yang kami janjikan, inilah dia rekabentuk sebenar Proton Perdana Executive Concept 2018 menerusi imej 3D hasil karya terbaharu dari pereka tersohor, Saharudin Busri atau Wak. Sebenarnya cadangan rekabentuk ini telah dibangunkan oleh beliau sejak empat tahun lepas semasa terlibat dalam pembangunan konsep model terkini Proton Perdana.

Namun untuk projek kali ini beliau telah mengubahsuai perincian rekabentuk supaya sesuai dengan trend masa kini. Badan tengah model ini masi lagi menggunakan Proton Perdana / Honda Accord generasi ke-8, dan hanya memanjangkan 200mm pintu belakang. Perubahan yang ketara dalam rekaan ini adalah di bahagian hadapan dan belakang.

Maka dengan itu terhasillah, rekaan yang lebih ringkas, kemas dan elegan. Dari pengamatan kami, rekabentuk wajah Perdana Executive Concept 2018 banyak dipengaruhi oleh gaya rekaan model mewah seperti Mercedes-Benz dan Genesis. Ia tampak lebih elegan terutama bentuk lampu yang lebih moden dengan kehadiran lampu nyalaan siang LED yang berbentuk seakan huruf ‘Y’.

Jeriji hadapannya kini lebih kemas dengan menampilkan bentuk trapezoid yang hiasi kemasan krom dan digandingkan dengan sayap Proton yang lebih moden. Pengaruh kemasan krom turut mendominasi bahagian bawah bampar model ini untuk menonjolkan gaya kemawahan. Di bahagian sisi pula, Saharudin telah menyuntik sedikit elemen kemasan krom di bahagian skirt sisi supaya memberi kesinambungan kepada rekaan hadapan.

BACA >> Foto acah Proton Savvy18 rekaan Saharudin Busri

Ke bahagian belakang pula, beliau telah mengubah sepenuhya rekabentuk lampu belakang yang kini kemas dan bersambung untuk menghasilkan visual jalur nyalaan lampu yang memanjang. Bumparnya pula kali ini lebih ringkas dan kurang berserabut, tidak seperti model semasa. Sekilas pandang, anda pasti akan mengatakan gaya rekabentuk belakang model ini banyak dipengaruhi oleh elemen rekaan model Hyundai.

Empat tahun yang lalu, Saharudin adalah antara orang yang bertanggungjawab untuk membangunkan idea konsep asal Perdana yang lebih radikal walaupun menggunakan badan Honda Accord generasi ke-8. Cadangan rekabentuk beliau telah dipilih oleh pengerusi Proton pada ketika itu, sebelum ia dibawa ke unit Penyelidikan & Pembangunan untuk proses pembangunan selanjutnya. Gambar beliau yang memakai suit berwarna biru itu adalah bersama latar belakang cadangan rekabentuk asal Perdana yang dibangunkan empat tahun lalu.

Bagi anda yang mahu mengikuti perkembangan terkini dan hasil karya beliau yang lain, boleh mengikuti laman Instagram rasmi Saharudin Busri. Sebelum ini kami juga pernah berkongsi beberapa hasil karya beliau yang telah menjadi tular di laman maya dan antara hasil rekaan terkininya adalah Proton Savvy18.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply