ARKIB

KATEGORI

Buletin

Imej 3D Proton Preve facelift!

Views

Apa pendapat anda mengenai reka bentuk Preve facelift ni? Pasti anda tertanya-tanya adakah imej 3D ini imej tertiris dari PROTON|Design kan? Sebenarnya ia tidak sama sekali, rekaan 3D ini adalah hasil rekaan Idiyaz Baharuddin yang merupakan seorang pereka muda berbakat dan mahir dalam animasi 3D.

Idiyaz juga merupakan individu yang sama merekabentuk imej 3D Proton Saga yang viral dahulu. Tak silap kami beliau juga salah seorang daripada animator 3D siri kartun Rimba Racer yang pernah ditayangkan di TV3. Ada kemungkinan Proton memperkenalkan Preve facelift pada tahun hadapan dan ia bakal dijana oleh enjin 1.5 liter GDI terbaharu.

Selain itu Iriz juga mungkin menerima wajah dan jantung baharu pada tahun hadapan. Kami difahamkan Proton sedang menguji beberapa unit enjin GDI 1.3 liter yang dipasang pada Iriz. Ketika ini ujian sedang giat dijalankan dan enjin GDI kini semakin menghampiri fasa pengeluaran dan akan diuji secara intesif. Kami jangka ia bakal dikeluarkan secara skala massa selepas separuh kedua 2017.

KLIK UNTUK BESARKAN

preve-fl-idiyaz-1 preve-fl-idiyaz-2 preve-fl-idiyaz-3 preve-fl-idiyaz-4 preve-fl-idiyaz-5 preve-fl-idiyaz-6 preve-fl-idiyaz-7 preve-fl-idiyaz-8 preve-fl-idiyaz-9 preve-fl-idiyaz-10

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

13 Comments


  • Harap ianya menjadi realiti. Patut ubah design lampu depan belakang serta bumper & besarkan sikit preve tu tapi guna platform yg sama ngn preve lama. Baru nampak fresh & betul² baru. Kos pun jimat sebab guna platform yg sama.


  • Lebih suka jika preve facelift design lampu dan bumper die menjiwai exterior perdana. Lebih gagah sporty Dan premium.

    Design language persona nampak kurus Dan tinggi.


  • Tak perlu berangan dapat desingner mcm ni punya cantik..
    Proton kurang peka pada desingn.
    Design cikai mana mampu nak masuk pasaran global. Memang proton mampu beri pelbagai ciri terkini pada sesebuah kereta.. tetapi tidak beri apa kelebihan untuk pasaran global jika design xmampu memikat kehendak pasaran global.
    Maaf cakap.. Perdana dh hampir setengah tahun di lancarkan.masih tak Nampak di jalanan
    bila pergi ke showroom proton pun payah nak Nampak perdana.. alasan mereka kereta ni x jalan ( tiada permintaan ).
    Melihat pada data MAA jualan proton pada tahun ini ( januari – oktober ) hanyalah berjumlah 57731 unit daripada pelbagai model.

    Walaupun design bukan segalanya tetapi design jua lah marketing yang paling berkesan menarik minat pembeli.


    • Mmm… nape kat area kajang sy sering sgt terserempak dgn perdana baru nie ek? Setakat nie yg dilaporkn dah cecah 1k lebih yg booking nie. tapi yg dah release register di jalanan x tau la berapa bijik:P Model niche market dlm segment D nie mmg x leh la expect mcm segment popular yg lain, Kalau perdana nie dpt bersaing dari segi jualan dgn mazda6, camry, KIA k7, peugoet 508 dll. tu dah kira bagus, x gitu?

      Mgkin la design model proton seperti perdana nie x sehebat mana mengikut citarasa anda even utk bersaing dgn pasaran global. mmg x bleh jual utk global pun utk perdana nie mengikut agreement Honda/prootn. Atleast dari kaca mata jurnalis n yg arif tentang design ada gak mengiktiraf rekabentuknya. Cuba refer award winning best local design yg perdana dpt baru2 nie.

      Mmm… mmg benar seperti mana jualan prootn tu dari jan-okt. Tapi time tu 2 model baru sedan populisnya saga n persona blum ada dipasaran lagi. mgkin ramai yg tahu model baru yg nak kuar nie n depa hold pembelian model2 lama, sbb tu x kencang jualannya pada awal tahun 2016 tu. Tapi biasa la, mulut2 xde insuran nie akan cakap la sebb x laku la, model xde kualiti la, org dah x caya la, servis x ok la (yg nie mmg x berapa nk ok, cuma lately depa pertingkatkn n beri keutamaan) dan bla bla bla… Tapi selepas model2 populisnya dilancarkan akhir sept ari tu, respond pun not bad, even persona sebulan selepas pelancaran mencecah 10k, saga pun cengitu gak 2 minggu dipasaran 10k mcm beli sayur jer jualannya. Ehehe:P. Diharap momentum nie berterusan ler. Depa sumer nie beli sebab design buruk tapi harga mampu milik kot:P

      So, kekangan proton sekarang adalah pasaran globalnya. sometimes bukan design isu utamanya. Tapi nk meet the requirement standard global tu dgn model dipasaran domestik tu jadi pening sket sbb standard domestik n global x sama lagi. kang buat lebih2 utk global market, kata prootn menganak tirikan la apa la. dgn polisi2 lain di sesebuah negara dan nilai matawang yg x stabil nie, kang kat market luar harga murah sket drp harga domestik, bising la plak:P. Apa2 pun all the best proton.

      my 2 cents.

      Cheers!


  • major exterior facelift bukan keutamaan. lebih baik utamakan tambah baik dari segi dalaman ; ergonomik, dashboard&seating, NVH, gearbox and keselesaan dalaman.
    beri pengalaman yang bagus untuk pemilik kereta.


    • yup..itulah yg sebaiknya..banyak masa pemilik sesebuah kereta adalah ketika berada dalam kabinnya dan pengalaman pemanduannya. kebanyakan kelemahan preve adalah seperti yg tuan nyatakan di atas dan ditambah lagi dengan reliability preve itu sendiri.


    • Setuju.! Penambahbaikan interior lebih utama berbanding exterior. Keselesaan, NVH, kawalan, sistem keselamatan, Dan prestasi perlu diperbaiki. Paling utama khidmat selepas jualan hendaklah dipertingkat


  • good effort on 3D.

    exterior styling yg dicadangkan aku rasa xmasuk ngn overall design languange chassis.

    current styling molek dah, cuma kena improve kt bumper: add few lines (cam persona).

    ntah kenapa, aku rasa preve ni kalu rendah sikit (read:fotoshop kasi rendah, bukan potong spring kasi lowered) ia akan nampak lg segak. segak cm audi sedan.

Leave a Reply