ARKIB

KATEGORI

Foto Tiris

Imej grafik 3D Proton e.MAS 7 ‘tertiris’

Foto Tiris

Views

Walaupun hanya imej grafik tiga dimensi (3D), akhirnya kita dapat melihat ‘rupa sebenar’ Proton e.MAS 7 yang dipaparkan menerusi video ‘reels‘ dari akaun Facebook rakan media kami di Cars of Malaysia.

Video tersebut memaparkan ciri-ciri yang terdapat pada paparan skrin unit inforia bersaiz 15.4 inci dengan resolusi 2.5k, SUV elektrik segmen-C itu.

Sistem inforia Flyme Auto dihasilkan pengeluar peranti pintar, Meizu dan dikuasakan oleh cip pemproses automotif 7 nmDragon Eagle One.

Selain itu, e.MAS 7 turut dilengkapi sistem audio premium Wanos dengan 16-pembesar suara dari Flyme Sound, termasuk pada bahagian penyandar kepala tempat duduk hadapan.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Berbalik kepada imej grafik 3D itu, kita dapat persamaan antara Proton e.MAS 7 dengan model kembarnya, iaitu Geely Galaxy E5. Bolehlah dikatakan kedua-duanya hampir sama dari segi reka bentuk

Cuma apa yang dapat dikesan, jejalur lampu siang (DRL) pada bahagian bampar imej grafik 3D Proton e.MAS 7 itu tidak menyala seperti model kembarnya.

Ini juga yang menjadi perbualan antara penulis bersama beberapa tetamu yang hadir ke sesi pratonton model berkenaan semasa Jelajah Proton e.MAS 7 di Kuantan, minggu lalu.

Ada yang bertanya mengapa jejalur lampu siang (DRL) tidak menyala, sedangkan ia merupakan salah satu elemen rekaan unik pada model berkenaan.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Berkemungkinan, unit prototaip yang ada pada masa itu bukanlah produk akhir dan akan ada beberapa penambahbaikan yang akan dibuat.

Ada kemungkinan juga ciri tersebut digugurkan bagi membezakannya dengan versi asal Galaxy E5. Namun apa yang pasti, tetapan sistem suspensi Proton e.MAS 7 akan menerima sentuhan Proton “Ride and Handling”.

Difahamkan e.MAS 7 bakal ditawarkan dua konfigurasi bateri, sama seperti Galaxy E5, iaitu 49.52 kWj dan 60.22 kWj, yang masing-masing memberikan jarak pemanduan antara 440 km dan 530 km.

Jurutera Proton juga telah melaksanakan 49 proses tambahan ciri unik daripada Geely untuk memastikan Proton e.MAS 7 memenuhi piawaian tertinggi di peringkat tempatan dan global.

Ini termasuklah kebolehan meredah air yang telah dipertingkatkan, di mana hasil ujian e.MAS 7 berjaya menewaskan Galaxy E5 dengan kedalaman paras air 400mm, bagi membolehkannya menangani situasi banjir.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply