ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

Imej janaan digital kembar Perodua Axia 2023 (D74A), Toyota Agya versi GR Sport!

Impresi Artis

Views

Nampaknya rakan-rakan kita di “seberang” semakin ghairah untuk menyambut kelahiran kembar Perodua Axia 2023 (D74A), iaitu Daihatsu Ayla dan Toyota Agya.

Beberapa individu yang pakar dalam manipulasi digital di Indonesia dilihat berlumba-lumba menghasilkan visual Ayla dan Agya ‘versi mereka’.

Kali ini, giliran pemilik akaun Instagram Rafi M R telah berjaya menghasilkan gambaran Toyota Agya versi GR Sport. Rekaan ini dihasilkan dengan berpandukan foto-foto sebenar Axia 2023 (D74A) yang bertebaran di alam maya.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Jika diperhatikan, Rafi M R tidak membuat perubahan besar pada rekaan asal Axia 2023 (D74A) kerana semua sudah sedia maklum, perbezaan antara kedua-duanya hanyalah minima.

Biasanya sedikit perubahan dibuat pada bahagian hadapan untuk membawa identiti jenama masing-masing. Antara perubahan yang dibuat adalah pada bampar, menampilkan penggayaan ikonik model GR Sport.

Ia tampil lebih garang dengan bukaan tengah bampar yang lebih luas, manakala lampu siang LED (DRL) turut ditambah dengan lampu kabus di bawahnya.

Dari arah sisi, Agya versi GR Sport ‘bayangan’ ini dilengkapi dengan skirt kemasan dwitona, pelekat badan GR Sport dan rim aloi kemasan dwitona bersaiz 16-inci.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Di belakang pula ia dipasang dengan bampar GR Sport dan mungkin spoiler belakang yang lebih besar. Toyota Agya generasi baharu bakal dilancarkan di Indonesia pada Isnin minggu hadapan (13 Februari 2023), iaitu sehari lebih awal dari Axia 2023 (D74A) pada 14 Februari.

Daihatsu Ayla merupakan kembar yang terakhir dilancarkan, sehari selepas Axia 2023 (D74A), iaitu pada 15 Februari.

Dalam artikel terdahulu, Program Penilaian Kereta Baharu Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) telah mengumumkan keputusan ujian untuk model Axia 2023 (D74A).

Ia telah menerima penarafan 4-Bintang ASEAN NCAP dengan jumlah skor keseluruhan 73.55 mata. Difahamkan Ayla dan Agya hanya akan mendapat dua beg udara untuk kesemua varian dan mempunyai ciri keselamatan yang lebih rendah berbanding Axia 2023 (D74A).

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Rafi M R

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply