Model sedan elektrik bZ5 bakal menjadi model sulung hasil usahasama antara BYD-Toyota. Ia akan dijual secara berasingan di bawah jenama BYD dan Toyota dengan beberapa perubahan kecil pada reka bentuknya.
Imej paten yang tular di laman sosial ini sebenarnya tidak mewakili versi pengeluaran model berkenaan, namun ia dapat dikenali menerusi unsur-unsur penggayaannya.
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua Axia 2023 (D74A) mungkin ada empat varian, Toyota Agya bakal ada versi GR!
Jika dilihat daripada imej-imej paten tersebut, secara kasar ia hampir menyerupai model konsep bZ SDN, tetapi tidak mempunyai cermin sisi serta pemegang pintu.
Sebelum ini, kami pernah menyiarkan foto intipan kelibat sebuah unit ujian yang sarat dengan mod penyamaran, mirip model bZ4X Concept di China.
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
Menurut portal Autohome, unit ujian tersebut mempunyai ukuran 4,725 mm panjang, 1,835 mm lebar, 1,475 mm tinggi, manakala jarak antara gandarnya berukuran 2,880 mm.
Selain itu, beberapa informasi lain berkaitan unit ujian tersebut adalah berat 2,215 kg, saiz tayar 225/50 R18 serta kelajuan tertinggi yang mampu mencecah 160 km/j.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
KOMEN TERKINI