ARKIB

KATEGORI

Tular

Imej paten Honda Civic generasi ke-11 (2022) bocor! Tiada lagi lampu belakang ‘sepit ketam’

Foto Tiris

Views

Sedar tak sedar, dah masuk generasi ke-11, model Honda Civic rupanya. Model semasa yang terkenal dengan gelaran “Civic ketam” bakal mendapat generasi baharu dan imej patennya telah mula ‘bocor’ dan tersebar menerusi laman sesawang CivicXI.com. Unit ujian model generasi ke-11 ini telah mula dikesan di Thailand pada bulan lepas dan kami telah menyiarkan foto-foto intipnya dalam artikel terdahulu.

JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50

Nampak gayanya gelaran “Civic ketam” akan tinggal kenangan selepas ini kerana rekaan model generasi baharunya nanti akan tampil dengan gaya yang lebih matang. Sekilas pandang rekaan hadapan generasi ke-11 Civic persis model Accord, kerana kedua-dua versinya memiliki wajah yang seiras.

Kini tiada lagi rekaan lampu belakang berbentuk ‘sepit ketam’ dan ia digantikan dengan lampu yang lebih leper dan memanjang. Sekali imbas bentuk jejalur LED pada lampu belakang imej paten versi sedan ini seakan sama dengan model Proton Perdana (macam bentuk udang, mungkin lepas ni dapat gelaran ‘Civic udang’ kot).

JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV

Dari sisi, profil reka bentuk model sedan masih lagi membawa gaya model sebelumnya, tetapi kali ini rupa keseluruhan Civic generasi ke-11 lebih cenderung kepada model segmen-D. Gaya reka bentuknya tidak terlalu ranggi dan bercelaru seperti model generasi ke-10, tetapi kini ia lebih kemas, ringkas dan nampak lebih elegan.

Besar kemungkinan model ini dijangka bakal diperkenalkan pada penghujung tahun 2021 sebelum ia mula menerjah pasaran di Amerika Syarikat menjelang tahun 2022. Selepas itu, barulah ia akan singgah di negara-negara lain dan kami menjangkakan ia akan tiba di Malaysia seawal penghujung tahun 2022 atau selewat-lewatnya awal 2023, selepas pengenalan City hatchback dan sebuah model crossover serba baharu.

KLIK UNTUK BESARKAN

Imej paten Honda Civic sedan generasi ke-11 (2022)

Imej paten Honda Civic hatchback generasi ke-11 (2022)

Perbandingan imej paten Honda Civic hatchback generasi ke-11 dengan generasi ke-10

JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka
JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat pengganti
JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang menarik? Tempahan dibuka mulai esok
JOM BACA >> Proton tayang imej rasmi pertama X50
JOM BACA >> KJ lihat dan uji prototaip MYKAR, EV pertama buatan Malaysia

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply