ARKIB

KATEGORI

Buletin

Imej paten Honda N7X versi produksi bocor, tidak jauh berbeza dengan versi konsep

Berita Global

Views

Pada awal bulan Mei lalu, Honda telah memperkenalkan model konsep tujuh-tempat duduk terbaharunya menerusi acara yang dilangsungkan secara maya di Jakarta. Model yang dikenali sebagai “New 7 Seater eXcitement (N7X)” itu telah dibangunkan oleh Honda R&D Asia Pacific Co., Ltd.

Model produksi model tersebut dijangka diperkenalkan secara rasmi pada bulan Ogos nanti, namun kita dapat melihat gambarannya lebih awal kerana imej patennya mula tertiris menerusi laman Instagram, rakan media di Indonesia, AutonetMagz.com.

Roadtax di Malaysia Mahal dan Ini Puncanya! - Sembang Engear

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Imej-imej paten tersebut telah pun didaftarkan di Direktorat Hak Cipta dan Desain Industri, Direktorat Jenderal Kekayaan Intelektual Kementrian Hukum dan Hak Asasi Manusia Republik Indonesia (sama seperti MyIPO di Malaysia).

Jika diperhatikan kepada imej-imej yang ada, jelas tiada perubahan ketara antara model konsep dengan produksinya. Model ini diwar-warkan sebagai pengganti kepada BR-V dan mengitar semula beberapa komponen pada model City, paling ketara sekali adalah rekaan lampu belakangnya.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Reka bentuk model ini merupakan kombinasi kenderaan pelbagai guna (MPV) dan kenderaan utiliti sukan (SUV) yang mencetuskan kenderaan tujuh-tempat duduk yang sempurna untuk dipandu di pelbagai keadaan jalan.

Dalam  artikel terdahulu, ejen perisik Mat Bond pernah memberitahu kami model generasi baharu BR-V sedang dibangunkan ketika ini, namun ia masih lagi pada peringkat awal.  Kami meramalkan meramalkan N7X akan tiba di Malaysia pada suku pertama tahun hadapan. Nantikan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit AutonetMagz.com

Honda N7X Concept

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply