Baru-baru ini, akaun Facebook sahabat kami Vanhoe Rage ada menyiarkan satu imej paten sebuah SUV yang didaftarkan oleh Honda Motor Co. Ltd.
Jika diperhatikan dari gaya rekaan model tersebut, ia mirip dengan model Honda HR-V tetapi dengan skala yang lebih besar.
Selain itu, ia juga mempunyai beberapa ciri rekaan pada model semasa Honda CR-V dan hampir sama dengan unit ujian berceloreng yang dikesan pada tahun lalu.
CR-V generasi baharu ini digayakan dengan reka bentuk lampu depan yang lebih nipis serta memanjang yang bersambung dengan jeriji yang agak besar di tengah menerusi satu jejalur krom.
Bahagian bawah bamparnya memiliki gaya rekaan pada model pra-facelift generasi semasa dengan luang udara bahagian bawah yang lebih lebar,
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
Rekaan bonetnya pula kelihatan lebih panjang berbanding model semasa. Paling ketara adalah gaya rekaan lampu belakang yang masih mengekalkan jenis menegak dengan sambungan di bawahnya.
Rekaan dalamannya masih belum kelihatan buat masa ini dan ada kemungkinan ia akan dipengaruhi dengan gaya minimalis yang diketengahkan pada model Civic dan HR-V.
Dari segi keselamatan, model ini mungkin dilengkapi dengan Honda Sensing yang terkini dan dijangka akan ditawarkan susun atur tiga baris tempat-duduk bagi memberi lebih keselesaan.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Vanhoe Rage
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
KOMEN TERKINI