ARKIB

KATEGORI

Imej Paten

Imej paten trak pikap elektrik keluaran Sany Group tertiris

Imej Paten

Views

Pengeluar jentera berat dari China, Sany Group bakal menjadi salah satu pencabar baharu dalam segmen kenderaan elektrik (EV). Sany Heavy Industry Co telah diasaskan pada 1994 dan berpangkalan di Beijing, China.

Setakat Mei 2021, syarikat ini mempunyai seramai 24,000 tenaga kerja dan modal pasaran $41.2 bilion. Syarikat yang pakar dalam menghasilkan kren, trak dan jengkaut itu bakal memperkenalkan sebuah trak pikap elektrik.

 

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

Beberapa imej paten trak pikap elektrik berkenaan tertiris dan menurut portal Car News China, paten tersebut telah didaftarkan oleh syarikat Hunan Xingbida Network Technology, yang merupakan anak syarikat Sany Group.

Trak pikap elektrik ini menampilkan reka bentuk yang futuristik dengan logo Sany di bahagian depan dan lampu siang LED (DRL) disusun secara menegak. Di bahagian bawah bamparnya turut kelihatan sepasang lampu kabus LED selain lampu LED yang diletakkan pada atas bumbung.

JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian

Dari pandangan sisi, ia kelihatan seperti sebuah jentera yang lasak dengan permainan cat dwitona. Sekilas pandang ia mirip Mitsubishi Triton dalam versi yang lebih moden. Lengkung tayarnya juga agak kembang, sekali gus menjadikan ‘kekuda’nya nampak lebih mantap.

Rekaan belakangnya pula agak minimalis, dengan permainan jejalur lampu LED yang bersambung serta lekuk-lekuk kontur badan yang ringkas dan kemas.

Car News China melaporkan, Sany kini sedang bekerjasama dengan pengeluar bateri, CATL untuk projek lain dan ada kemungkinan trak pikap ini nanti akan menggunakan bateri keluaran syarikat yang sama.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Car News China

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply