Ketika ini Perodua sedang mempamerkan evolusi prototaip kenderaan elektrik bateri (BEV) sulungnya yang dikenali sebagai eMO-II (disebut sebagai M-O-2) di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024, sehingga 11 Disember.
Prototaip terbaharu ini mempunyai penggayaan yang lebih kemas yang mana ia menggabungkan ciri estetik abad ke-21 dengan keunikan Malaysia.
Reka bentuk kereta berkenaan dibuat berdasarkan elemen songket yang digabungkan dengan lampu LED bagi melengkapi keseluruhan rekaannya.
eMO-II dibangunkan menggunakan casis baharu dengan jarak perbatuan sekitar 400 hingga 410 kilometer (km), manakala pecutan 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam masa 6 hingga 7 saat.
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Sri Zainal Abidin Ahmad, versi pengeluarannya dijangka berharga antara RM50,000 hingga RM90,000, dan tidak mebihi RM90,000.
Memandangkan model BEV sulung Perodua ini bakal dilancarkan selewat-lewatnya pada suku keempat (Q4) 2025, sahabat kami Theottle telah menghasilkan gambaran awal versi pengeluaran massanya yang dinamakan Ace.
Rekaan logo Ace telah dihasilkan sendiri oleh penulis sendiri, dengan mengolah semula logo eMO-II. Nama Ace dipilih kerana ia adalah salah satu daripada tiga nama yang telah didaftarkan oleh Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) di portal rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
Tiga nama baharu itu adalah Qve, Pacer dan Ace, yang telah didaftarkan sejak 26 Jun 2024 oleh ejen Lee Hishammuddin Allen & Gledhill.
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
Permohonan tanda dagang Qve, Pacer dan Ace telah dihantar pada tarikh yang sama dan masih lagi dalam proses menunggu kelulusan dan pewartaan.
Tanda dagang nama-nama tersebut pula diletakkan di bawah dua kategori yang berbeza, iaitu:
- Kelas 12 di bawah kategori kereta, automobil, motokar, transmisi, jenis penyambung pengecasan kenderaan elektrik, bateri kenderaan elektrik, motor elektrik untuk kenderaan elektrik dan lain-lain
- Kelas 37 di bawah kategori stesen servis kenderaan, perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan, stesen mengecas kenderaan elektrik, pengecas rumah kenderaan elektrik, pengecas mudah alih kenderaan elektrik dan lain-lain.
Besar kemungkinan Perodua akan memilih salah satu daripada nama-nama tersebut untuk dipakai pada model BEV sulungnya nanti. Jadi, kami lebih awal memilih Ace sebagai nama BEV Perodua.
Nama apakah yang akan dipilih Perodua nanti? Apa pula pendapat anda mengenai karya terbaharu Theottle ini? Kongsikan bersama kami.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Theottle
Perodua eMO-II
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI