Dalam artikel terdahulu, penulis telah cuba untuk memberi gambaran awal model Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01).
Model tersebut dibangunkan dari pelantar model semasa yang dipertingkatkan dan akan mempunyai dua versi bentuk badan, iaitu sedan dan juga hatchback.
Ia bakal tampil dengan sentuhan penggayaan luaran (top hat) serta dalaman serba baharu. Versi ‘hatchback‘nya dijangka muncul setahun selepas versi sedan dilancarkan dan ada ‘ura-ura’ mengatakan ia bakal diberi sentuhan pengayaan crossover.
Desas-desus mengatakan yang model ini mungkin ditawarkan dengan empat pilihan varian, bermula dari varian asas (Standard) hingga mercu (Flagship).
Jika dibandingkan dengan pilihan varian model semasa (Saga MC2), susunan variannya mungkin akan bermula seperti berikut:
- Standard
- Executive
- Premium
- Flagship
Spekulasi mengatakan, Saga MC3 (P2-14A@AMA01) mungkin akan ditawarkan dengan pilihan rangkaian kuasa enjin pembakaran dalaman (ICE) dan juga versi hibrid (HEV).
Enjin ICEnya adalah versi yang terkini dari keluarga enjin Geely, berkapasiti 1.5 liter aspirasi alami (NA) yang dipadankan dengan transmisi CVT (penukar daya kilas – torque converter). Versi hibridnya pula akan ditambah dengan motor elektrik dan dipadankan dengan transmisi e-CVT.
Sebelum unit ujian sebenarnya “turun ke jalanan” dengan celoreng penyamaran, sebagai penambah perisa keterujaan, penulis sekali lagi mencuba untuk memberi gambaran awal dengan menggunakan hasil gabungan perisian grafik dan kecerdasan buatan (AI).
Penulis cuba menerapkan elemen penggayaan terkini Proton dalam karya terbaharu ini, seperti jeriji berbentuk busur (Ethereal Bow) dan Infinite Weave dengan kemasan berbentuk butiran motif songket untuk rekaan hadapan.
Beberapa elemen rekaan tipikal Saga dari model semasa MC2 masih digunakan, dan diolah semula dengan gaya yang lebih segar, elegan dan juga moden.
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
Lengkung garis bumbung dan garis sisinya juga masih lagi dikekalkan, manakala penulis juga telah menambah ‘otot’ pada bahagian sisi supaya ia kelihatan tegap dengan beranggapan, ia bakal menerima enjin berkapasiti lebih besar dan dimensinya mungkin mengalami sedikit pertambahan.
Di bahagian belakang, perubahan besar telah dibuat dengan menerapkan gaya rekaan coupe dengan bahagian ekor yang lebih pendek dan kelihatan sedikit ‘lentik’ supaya belakangnya tidak nampak ‘jatuh’ seperti model semasa.
Untuk versi hatchback crossover pula, penulis cuba menerapkan penggayaan model Mercedes A-Class dan Honda City versi hatchback sebagai rujukan ‘penanda aras’, dengan rekaan lampu belakang yang bersambung seperti model Proton S70 dan e.MAS 7.
Mungkin ada banyak kekurangan dan kekangan dari segi rekaan keseluruhan, namun menerusi cubaan demi cubaan dengan bermain dengan ‘prompt‘ dan olahan reka bentuk awal yang dibuat dengan perisian grafik, penulis merasakan, ini adalah gaya yang dirasakan sesuai untuk Saga versi 2025/26 nanti.
Apa pendapat anda?
KLIK UNTUK BESARKAN
Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan
Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) hatchback crossover
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
KOMEN TERKINI