ARKIB

KATEGORI

Buletin

Individu degil yang ingkar PKP terus ditangkap, tidak seperti foto yang tular – Polis Marang

Berita Tempatan

Views

Menurut laporan Sinar Harian, pihak polis menafikan gambar tular memaparkan sekumpulan remaja lelaki meniarap di bahu jalan ialah mereka yang ditangkap kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kampung Batangan.

JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintenden Mohd Zain Mat Dris berkata, polis tidak pernah bertindak seperti itu ketika bertugas terutama sepanjang tempoh PKP ini. Jelas beliau, individu yang dikesan melanggar arahan PKP akan terus ditangkap jika masih berdegil selepas diberi nasihat dan peringatan.

Tambah beliau, sepanjang tempoh 10 hari PKP dilaksanakan, pihaknya mendapati 97 peratus penduduk di Marang patuh dengan arahan dikeluarkan kerajaan. Gambar sekumpulan remaja yang dipaksa meniarap di bahu jalan kononnya berlaku di Kampung Batangan, Marang tular di media sosial terutama aplikasi WhatsApp sejak semalam.

JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai

Sementara itu, jelas Mohd Zain, seramai 198 anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang dibantu 59 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ditugaskan membuat rondaan dan sekatan jalan raya selama 24 jam setiap hari sepanjang tempoh PKP ini.

Katanya, sehingga hari ini tiga individu ditahan di daerah ini kerana didapati ingkar arahan PKP dan kesemua mereka akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan/ Peraturan 7 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Ujar beliau lagi, jika disabitkan kesalahan, individu terbabit boleh dipenjara tidak melebihi dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini
JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980
JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital
JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50
JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply