ARKIB

KATEGORI

Buletin

Individu lengkap divaksin sahaja boleh naik pesawat AirAsia

Berita Tempatan

Views

Sebagai persediaan untuk penyambungan semula perkhidmatan penerbangan domestik dan antarabangsa, AirAsia Malaysia hanya akan menerima penumpang dewasa lengkap divaksin sepenuhnya dalam penerbangannya berkuat kuasa serta-merta.

Menurut Berita Harian, penumpang di bawah umur 18 tahun yang belum divaksin atau mendapat vaksinasi sepenuhnya perlu ditemani ibu bapa atau penjaga yang sudah divaksin sepenuhnya.

Ia sebahagian daripada pelan mitigasi COVID-19 AirAsia untuk memastikan standard keselamatan tertinggi bagi tetamu dan kakitangannya.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Semua penerbangan AirAsia hanya akan dikendalikan oleh juruterbang dan kru kabin yang sudah divaksin sepenuhnya, begitu juga dengan kakitangan operasi dan pengendali bagasi di terminal.

AirAsia juga mewajibkan tetamu untuk mendaftar masuk secara kendiri melalui airasia Super App yang membolehkan mereka melalui proses pelepasan dan menaiki pesawat menggunakan pas masuk elektronik, yang meminimumkan interaksi fizikal dengan kakitangan seperti sentuhan pas masuk menggunakan kertas.

Ia kunci untuk membendung penyebaran COVID-19 dan virus lain. Tertakluk kepada beberapa pengecualian, bayaran akan dikenakan untuk daftar masuk melalui kaunter di lapangan terbang.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Tetamu hanya perlu memuat turun airasia Super App di telefon pintar mereka dan memanfaatkan aplikasi tersebut sepenuhnya.

Ia adalah satu-satunya aplikasi perjalanan yang diperlukan, bermula dengan tempahan penerbangan dan penginapan, daftar masuk, pengesahan dokumen kesihatan sehinggalah kepada pas masuk elektronik, perlepasan melalui sistem pengecaman wajah FACES dan pelbagai perkhidmatan semasa dalam penerbangan.

AirAsia membangunkan pelbagai inovasi dan pembaharuan teknologi tanpa sentuh yang membolehkan penumpang terbang dengan lebih selesa dan selamat.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat, berkata keputusan untuk hanya menerima tetamu yang sudah divaksin sepenuhnya dalam penerbangan dibuat demi menjaga keselamatan tetamu dan kakitangan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply