ARKIB

KATEGORI

Buletin

Industrial Labs dilantik sebagai pembekal sistem solar fotovoltaik Proton Global Services

Berita Tempatan

Views

Anak syarikat milik Proton Edar, Proton Global Services Sdn. Bhd. (PGS) telah melantik Industrial Laboratories Sdn. Bhd. (Industrial Labs) sebagai pembekal sistem solar fotovoltaik (PV) yang kedua untuk mengembangkan penggunaan tenaga solar dalam rangkaian pengedar dan vendornya.

Ia adalah sebahagian daripada inisiatif kelestarian tenaga pembuat kereta nasional yang berusaha untuk menurunkan pelepasan karbonnya untuk meningkatkan skor ESG.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Industrial Labs ialah pembekal utama dan pembekal perkhidmatan solusi tenaga yang boleh diperbaharui di Malaysia dengan pengalaman di seluruh Asia Tenggara.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PGS, Lee Yeet Chuan, selain daripada mempromosi dan melaksanakan penggunaan tenaga solar kepada pengedar dan vendor, pihaknya juga telah menyelia pemasangan sistem solar di kilang Proton di Tanjung Malim yang mampu menghasilkan 12MWp dan menjana potensi penjimatan bil tenaga sehingga RM3.5 juta setahun selama 25 tahun.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Bagi Pengasas Bersama dan Pengarah Syarikat Industrial Labs, Shamsul Azhar Bin Zainuddin, pihaknya gembira dapat bekerjasama dengan PGS kerana mempromosikan tenaga bersih seperti solar adalah satu langkah menuju ke arah yang betul.

Di peringkat nasional, Malaysia telah komited untuk menjadi negara neutral karbon menjelang 2050 dan oleh itu, pengeluar seperti Proton akan memainkan peranan penting untuk membantu mengurangkan tahap pelepasan karbon negara.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah pula berkata, sebagai jenama automotif nasional, Proton mempunyai tanggungjawab untuk memainkan peranan aktif dalam membantu Malaysia mencapai matlamat neutral karbonnya menjelang tahun 2050.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply