ARKIB

KATEGORI

Buletin

INFINITI lancar QX80 serba baharu di Dubai International Motor Show 2017

Views

INFINITI Motor Company buat pertma kalinya memperkenalkan QX80 serba baharu sempena Dubai International Motor Show 2017. Rekabentuk dan kejuruteraan INFINITI QX80 membolehkan pelanggan pergi ke mana-mana dalam kemewahan. Ia mengukuhkan posisi jenama tersebut dalam segmen SUV bersaiz penuh global, yang kini menyumbang lebih separuh daripada jualan keseluruhan kereta mewah bersaiz penuh di seluruh dunia.

QX80 mempunyai ruang kabin yang luas dan diperhalusi dengan menampilkan bahan berkualiti tinggi, kemasan buatan-tangan dan teknologi bantuan-pemanduan termaju. Penjana kuasa 5.6-liter V8 memberikan prestasi yang mengagumkan dan turut memberikan pemandu terasa dalam kawalan dan yakin pada roda.

Model ini kini bakal dikeluarkan di fasiliti pengeluaran INFINITI yang terletak di Kyushu, Jepun dan mula memasuki pasaran terpilih di Amerika Utara, Asia dan Timur Tengah bermula pada penghujung tahun 2017. Pada tahun lalu, model sebelumnya telah berjaya mencatatkan 8.96 peratus dari jumlah jualan global INFINITI dengan jumlah unit yang berjaya dijual melebihi 20,708 unit di seluruh dunia.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply