ARKIB

KATEGORI

Info

INFO: Betul ke parkir depan rumah jiran salah di sisi undang-undang?

Views

Kami kongsikan satu info penting dan menarik yang telah dimuat naik ke laman Facebook Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) sebentar tadi.

Betul ke parkir depan rumah jiran salah di sisi undang-undang?

Nampak macam perkara ‘enteng’ je kan? Tetapi ini adalah antara permasalahan yang seringkali menjadi rungutan orang awam sehingga mencetuskan pergaduhan. Meletak kenderaan di hadapan rumah jiran atau di persekitarannya sehingga menyebab halangan lalu lintas adalah salah di sisi undang-undang.

Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

“Jika mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor menyebabkan atau membenarkan kenderaan motor itu dihentikan di mana-mana jalan dalam apa-apa kedudukan atau apa-apa keadaan atau apa-apa hal keadaan yang mungkin menyebabkan bahaya, galangan atau kesusahan tidak berpatutan kepada pengguna jalan yang lain atau kepada lalu lintas, dia melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau kedua-duanya.”

Sesiapa yang meletakkan kenderaan mereka di perkarangan rumah anda dengan sengaja mungkin akan didakwa di bawah Akta Kesalahan Kecil 1955 (“AKK 1955”) atau Kanun Keseksaan di atas sebab menceroboh (“trespass”). Anda masih boleh membuat laporan polis kerana ia melibatkan harta persendirian.

JOM BACA >> Anak Malaysia naib juara Kejohanan Dunia Pembinaan Motosikal Custom AMD 2018

Seksyen 22 Akta Kesalahan Kecil 1955

“Barangsiapa, tanpa alasan yang munasabah, melanggar masuk dengan sengaja ke dalam perkarangan rumah atau premis, ataupun sebarang hartanah, atau sebarang bot atau kapal…. dan tidak dengan itu dalam kesemuanya di atas mengakibatkan sebarang kerosakan, ataupun tidak, dalam pendapat Majistret, mengakibatkan kerosakan yang lebih dari nominal, akan tertakluk kepada denda tidak lebih dari lima puluh ringgit.”

Sebenarnya perkara sebegini boleh dibawa berbincang secara baik dengan jiran tetangga. Jika dia enggan berunding dan masih berdegil, anda boleh menghubungi pihak majlis perbandaran dan polis untuk mempertimbangkan hal ini. Kami nak pesan, kita hidup berjiran ni kena lah bertolak-ansur dan menghormati hak antara satu sama lain walaupun jarang bertegur sapa. Masing-masing dah dewasa dan berakal.

Jangan pula anda membuat undang-undang sendiri dengan merosakkan kenderaan tersebut kerana ia juga merupakan satu perbuatan jenayah yang lain pula. Kalau dah puas nasihat atau pesan tapi tak jalan juga, hello Polis je lah! Betul tak?

JOM BACA >> Sultan Johor pandu uji Proton X70

Foto kredit Google.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply