ARKIB

KATEGORI

Info

INFO : Boleh pasang aksesori ini tanpa perlu kelulusan dari JPJ

Info

Views

Kami nak kongsikan informasi yang telah dimuatnaik ke laman Facebook Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ Malaysia sejak 27 September lalu. Ia berkaitan dengan pemasangan aksesori seperti, takal (winch), bar takal (winch bar), injak sisi (side step), bar belakang (rear bar) dan snorkel pada kenderaan.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Untuk pengetahuan anda, pemasangan aksesori ini adalah dibenarkan tanpa perlu mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan syarat ia mematuhi perkara-perkara seperti berikut:

  • Hendaklah dipasang dengan kuat dan kemas supaya tidak mengganggu pengguna jalan raya yang lain.
  • Bar takal (winch bar), bar belakang (rear bar) dan injak sisi (side step) yang dipasang hendaklah tidak boleh melebihi 150mm keseluruhan lebar kenderaan dan tidak boleh menutupi lampu-lampu dan nombor pendaftaran kenderaan.
  • Pemasangan aksesori yang dipasang mestilah tidak boleh mengganggu identiti asal kenderaan tersebut.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Menurut JPJ, semua syarat ini adalah terpakai bagi kenderaan persendirian dan juga perdagangan. Untuk maklumat lanjut anda boleh menghubungi Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ Malaysia di talian 03-8892 8107 atau hantarkan e-mel kepada [email protected].

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ Malaysia

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply