ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

INFO : Bolehkah anda menyaman dan menuntut ganti rugi jika dilanggar dari belakang di lorong kecemasan?

Views

Situasi Pertama

Anda dah terbangun lewat dan tergesa-gesa menuju ke tempat kerja. Dalam perjalanan tersangkut pula dalam kesesakan jalan raya. Anda pula dah gelabah sebab ada mesyuarat penting pagi tu, kebetulan pula anda memandu di sebelah kiri. Nak cepat punya pasal, tanpa fikir panjang anda potong kenderaan di hadapan ikut lorong kecemasan, lepas tu tiba-tiba “KEDEGANGGG!!”. Kereta anda dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta yang juga memandu di lorong kecemasan. Apa ke malang nasib.

Adakah anda boleh saman dan tuntut ganti rugi daripada orang yang melanggar anda?

Jawapannya TIDAK BOLEH. Ini kerana anda telah melanggar undang-undang, iaitu memandu di lorong kecemasan. Undang-undang hanya membenarkan anda mengambil tindakan sekiranya anda tidak melanggar undang-undang. Ada satu pepatah undang-undang ekuiti yang berbunyi “One who seeks equity must come in clean hands”. Senang cerita jangan langgar undang-undang kalau nak menuntut hak anda.

Situasi Kedua

Anda dalam perjalanan nak balik kampung. Semasa dalam perjalanan menuju ke destinasi, kereta anda mengalami kerosakan dan anda terpaksa berhenti di lorong kecemasan. Kebetulan pula kat depan ada lori ayam terbalik sampai sesak laluan. Sambil menunggu bantuan, ada pulak ‘jebon’ yang tak sabar potong kenderaan lain ikut lorong kecemasan dan tak perasan kereta anda rosak kat situ. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, dah la kereta rosak, kena langgar pula dari belakang.

Adakah anda boleh saman dan tuntut ganti rugi daripada pemandu tersebut?

Dalam situasi seperti ini, anda TIDAK BERSALAH kerana anda bukan dengan sengaja nak meletakkan kenderaan di situ. Orang yang melanggar anda sebenarnya yang BERSALAH kerana memandu di lorong kecemasan. Maka dengan ini, anda BOLEH MENYAMAN dan MENUNTUT GANTI RUGI daripadanya.

Kesimpulan

Undang-undang jalan raya Malaysia mewajibkan setiap kenderaan bermotor perlu memiliki perlindungan insurans pihak ketiga bagi melindungi kepentingan dan hak orang lain. Ini bermakna, ada pihak yang akan menangung liabiliti akibat kecuaian pemegang polisi. Dalam situasi di atas ia melibatkan kereta A melanggar kereta B. Pemilik kereta B berhak membuat tuntutan pembaikan dan gantirugi dari insurans kereta A.

Sekiranya berlaku kerosakan terhadap kenderaan milik sendiri, maka pemilik tidak boleh membuat tuntutan dari insurans sekiranya tidak mengambil Insuran Pihak Pertama (1st party) yang juga dikenali sebagai komprehensif/standard/lengkap. Maknanya, selain dari pengguna lain, kenderaan milik sendiri turut dilindungi oleh pihak insurans. Perlindungan komprehensif diwajibkan bagi kenderaan yang dibiayai secara sewa beli oleh pembiaya. Jika kenderaan telah habis dibayar, pemilik ada pilihan untuk menggunakan insurans pihak ke-3 (atau 3rd party).

Bagaimana cara untuk membuat tuntutan?

Ada dua (2) cara untuk membuat tuntutan sekiranya kereta kita dilanggar oleh orang lain. Tetapi pihak polis perlu membuat keputusan bahawa orang itu bersalah (sekiranya dia disaman, bermakna dia bersalah). Setelah itu barulah anda boleh membuat tuntutan dari insurans mereka dan melindungi NCB anda.

  • Tuntutan dari pihak ketiga atau 3rd party claim. Baiki kereta anda, bayar dan gunakan resitnya (orang yang melanggar kereta anda) untuk membuat tuntutan terhadap insurans itu. Cara ini ada kelebihannya kerana anda boleh buat tuntutan loss of use. Sebagai contoh, kereta anda terpaksa menginap di bengkel selama 20 hari dan anda boleh menuntut ganti rugi. Contohnya : Kos sehari RM50 x 20 hari = RM1,000.
  • OD KFK atau Own Damage Knock-For-Knock. Anda buat tuntutan pada insurans pihak yang bersalah TETAPI melalui syarikat insurans anda. Dalam bahasa yang mudah, anda buat tuntutan melalui syarikat insurans anda kerana prosesnya lebih cepat dan kemudian syarikat insurans anda akan membuat tuntutan semula dari syarikat insurans pihak ketiga. Paling penting, NCB atau NCD anda tidak akan terjejas.

Apa dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan?

Dokumen Kemalangan:

  • Salinan asal laporan polis.
  • Lakaran peta (sketch map) dari polis.
  • Keputusan dari pihak polis sekiranya anda ingin menuntut kerugian dari pihak ketiga (3rd party claim/Kemalangan jenis KFK).
  • Isi borang tuntutan, biasanya akan dibuat oleh pihak bengkel, pemilik cuma perlu turunkan tandatangan sahaja.
  • Pemilik perlu membayar excess jika ada.

Dokumen peribadi:

  • Salinan geran kenderaan.
  • Salinan polisi insurans.
  • Salinan laporan polis.
  • Salinan lesen memandu.
  • Salinan Kad Pengenalan.
  • Salinan cover note (pilihan)

* Kami tambah lagi maklumat supaya lebih lengkap. Dah clear ke belum? Harap anda semua faham lah ye!

Sumber Jumpa Kat Mahkhamah
Foto kredit Sykesassistance.com

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments


  • Ini artikel yang mengelirukan orang ramai macam LONGKAI. Sebelum terbit artikel ini sepatutnya penulis wajib baca & kaji tuntutan Own-Damage & OD-KFK dulu.. refer BNM JPIT/GPT 3 (Takaful) atau JPI/GPI 14 (Conventional)


  • salam. saya nak tanya tuan. kereta saya dilanggar semasa kereta sedang parking oleh lori tanah. skrg kereta insurance dah declare total loss dan insurance saya akan settle dgn bank. saya berhak atau tak utk dapat pampasan dari pihak insurance lori. sbb kereta tu satu2 nya yg saya ada. nak pergi kerja semua susah. at least boleh bayar downpayment kereta baru 10% ke

Leave a Reply