ARKIB

KATEGORI

Buletin

INFO : Enjin berkarat – Pembunuh senyap!

Views

Kami ingi berkongsi maklumat yang disampaikan oleh Zordaq Motorsports mengenai enjin berkarat. Enjin boleh la diibaratkan sebagai jantung sesebuah kenderaan, sebagai contoh – jantung kita ada injap, enjin pun ada injap. Apabila enjin berkarat, ia sudah pasti mengurangkan jangka hayatnya, sama juga sekiranya saluran jantung kita berkerak, ia akan menyebabkannya tersumbat dan kita berpotensi mendapat sakit jantung, sekaligus mungkin mengurangkan jangka hayat kita. Ini diburukkan lagi apabila radiator mula berkarat dan air selaku ejen karat yang sangat efektif akan membawa karat ke seluruh laluan air di dalam enjin.

Apakah punca utamanya?

Tidak menjaga coolant radiator, hanya guna air semata-mata.

Apa itu coolant?

Coolant adalah sejenis cecair penyejuk yang diperbuat daripada etilena glikol dan air pada kadar 50 peratus setiap satu, yang berfungsi melambatkan takat didih air di dalam sistem penyejukan. Coolant biasanya dihasilkan dalam pelbagai warna yang bertujuan untuk membantu mengesan kawasan yang mengalami kebocoran dengan lebih mudah dan ada juga coolant yang mempunyai baunya yang tersendiri (macam minyak wangi la pulak).

Apa yang terjadi sekiranya karat berlaku?

  1. Thermostat akan berkarat dan menyebabkannya rosak. Jika ini berlaku enjin akan menjadi terlampau panas (overheat).
  2. Kebocoran besi paip yang terkena karat dan ini juga boleh mengakibatkan enjin akan menjadi terlampau panas.
  3. Laluan air dalam blok enjin tidak lancar sekiranya karat terlalu tebal (laluan semakin sempit).
  4. Pam air atau waterpump cepat rosak (contoh gambar di atas). Anda terpaksa menukar pam air setiap kali menukar tali sawat pemasa (timing belt). Sepatutnya ia boleh dilangkau untuk kali pertama. Selain itu ia juga menyebabkan enjin akan menjadi terlampau panas.
  5. Segala jenis hos getah pun akan cepat mengeras dan boleh meletup bila-bila masa sahaja. Ini juga juga menyebabkan enjin akan menjadi terlampau panas.
  6. Tangki air atau radiator akan berkarat dan jika ia terlalu teruk, aliran air melalui radiator tidak lagi lancar. Lebih teruk ia boleh mengakibatkan aliran air tersekat. Sekali lagi, ini boleh mengakibatkan enjin akan menjadi terlampau panas.
  7. Penutup tekanan (pressure cap) pun boleh berkarat dan ada kemungkinan kepala penutupnya terputus.

Bagaimana hendak mengatasi masalah ini?

Jagalah coolant kereta anda. Harganya pun tidaklah mahal mana, anggaran RM29 sebotol. Ganti coolant setiap 40,000 – 50,000 km sekali atau dua tahun sekali bergantung pada jarak perbatuan kereta anda. Reservoir tank atau tangki takungan di bahagian tepi radiator hanya boleh ditambah dengan coolant sahaja, jangan sesekali menambah air. Ramai yang silap dengan menambah air. Lama-kelamaan kandungan coolant beransur hilang dan inilah antara punca utama kebanyakan kes enjin cepat berkarat. Awas dengan coolant tiruan di pasaran!

Sayangi enjin kereta anda.

Dah tonton Episod keempat ENGEAR ke belum? Kalau belum boleh la tonton di sini

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply