ARKIB

KATEGORI

Buletin

INFO: Fakta ringkas menarik mengenai Proton X70

Views

Pagi tadi kami dijemput ke satu sesi pratonton media untuk memperkenalkan X70, SUV pertama Proton. Satu sesi taklimat tertutup telah diadakan, namun kami tidak dibenarkan membawa masuk kamera atau sebarang peranti yang boleh merakam gambar atau video seperti telefon pintar semasa sesi tersebut.

Bagaimana SUV ini mendapat nama?

Menurut, Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton, Abdul Rashid Musa, nama X70 telah dipilih dari undian atas talian yang telah dibuat beberapa bulan lalu. Seramai 89,900 peserta telah menyertai undian ini dan mereka perlu memilih salah satu daripada empat nama yang disenaraikan iaitu PX70, X7, X70 dan X700. Majoriti peserta telah mengundi nama X70.

Mengapa nama ini dipilih?

Proton telah memecah tradisi penamaan model keluarannya dengan buat pertama kali menggunapakai ‘kombinasi abjad dan angka’. Kombinasi ini lebih ringkas dan akan memudahkan Proton memasarkan SUV tersebut ke pasaran luar tanpa perlu risau mengenai had batasan penggunaan bahasa.

Selain itu, abjad ‘X’ sudah lazim dengan kenderaan jenis crossover atau SUV yang telah digunapakai oleh jenama-jenama lain, sebagai contoh Volvo XC90, BMW X5 dan saudara kembar model Proton X70 juga dikenali dengan nama Geely Emgrand X7 Sport selain Boyue di China.

JOM BACA >> X70 – SUV Pertama Proton, Tempahan Dibuka Mulai Esok

Apa yang menarik mengenai Proton X70?

  • Bakal ditawarkan dalam empat pilihan varian – Standard 2WD, Executive 2WD, Executive AWD dan Premium 2WD.
  • Dikuasakan oleh enjin empat silinder 1.8 liter TGDI yang mampu menghasilkan 181 hp dan 285 Nm tork. Penjana kuasa ini digabungkan bersama transmisi automatik enam kelajuan.
  • Kemasan dalaman mewah dengan balutan kulit Nappa berwarna perang selain kemasan aluminium dan penggunaan plastik sentuhan lembut pada papan pemuka.
  • Enam pot USB yang boleh digunakan sebagai pengecas peranti mudah alih.
  • Corong pendingin hawa belakang dilengkapi dengan pembersih udara bagi memastikan udara lebih segar dalam ruang kabin.
  • Fungsi arahan suara (voice command).
  • Lampu hadapan projektor yang disertakan dengan lampu nylaan siang LED.
  • Bumbung panoramik (untuk varian Premium).
  • Sistem bunyi yang berkualiti tinggi.
  • Panel meter digital sepenuhnya.
  • Skrin sentuh pemain multimedia bersaiz 8-inci.
  • Stereng rata di bahagian bawah yang sangat cantik dan sporty.
  • Kemasan penutup enjin seperti kereta mewah jenama Eropah.
  • Sistem suspensi bebas.
  • Penggunaan elemen rekaan Malaysia yang dihasilkan dari olahan motif seni tradisonal tempatan yang dikenali Infinite Weave untuk perincian di ruang kabin seperti pada seperti penutup pembesar suara dan pemegang pintu bahagian dalam.
  • Corak Infinite Weave turut digunakan pada jeriji hadapan yang diilhamkan dari busur.
  • Rim aloi bersaiz 18-inci dengan tayar berjenama Hankook Dynapro HP2 bersaiz 225/60R18.

Tempahan model SUV pertama Proton ini akan mula dibuka esok (8 September 2018) dengan wang deposit tempahan sebanyak RM1,000 setiap unit. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton, Abdul Rashid Musa, Proton juga sedang merancang satu jerayawara untuk memperkenalkan X70 ke tujuh bandar utama di negara yang bakal bermula 9 September hingga 4 November ini.

Buat masa ini harga X70 masih belum diumumkan dan anda perlu menanti sehingga hari pelancarannya yang dijangka pada penghujung tahun ini. Nantikan!

JOM BACA >> Perodua Lancar Alza Berwajah Baharu – Tempahan Kini Dibuka

KLIK UNTUK BESARKAN

    

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

12 Comments

Leave a Reply