ARKIB

KATEGORI

Buletin

INFO: Jejak-meluwap (contrail) tiada kaitan dengan manipulasi cuaca, semburan kimia mahupun virus

Info

Views

Secara jujur, penulis suka juga ‘melayan’ kisah-kisah “teori konspirasi” namun bukanlah semua teori tersebut boleh digunapakai dan ada kalanya membuat para pen’taasub’nya semakin jauh menyimpang.

Selain teori mengenai wabak Covid-19, jejak-meluwap (contrail) ini merupakan isu yang sering digembar-gemburkan bagi menimbulkan kegusaran warganet di media sosial.

Pengikut “teori konspirasi” menggelarkannya sebagai jejak-kimia (chemtrail), namun bagi para saintis istilah ini dipanggil contrail. Mengapa ia dinamakan sebegitu?

Menurut pemilik akaun Facebook bernama Zamir Mohyedin, contrail terbentuk hasil daripada ekzos kapal terbang ataupun jet.

Hidrokarbon merupakan ramuan utama bahan bakar, bukan sahaja untuk kapal terbang tetapi juga kenderaan darat seperti kereta dan motosikal walaupun kereta guna petrol (gasolin) dan kapal terbang guna minyak tanah (kerosin).

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

Minyak yang kita gunakan (terdiri daripada molekul-molekul hidrokarbon) untuk hidupkan enjin sebenarnya dibakar dengan campuran udara. Produk utama yang banyak terhasil daripada tindakbalas ini ialah haba, karbon dioksida dan wap air.

Secara amnya, asap-asap kereta, motor dan kapal terbang melepaskan bahan-bahan ini (haba, karbon dioksida dan air) walaupun komposisi bahan bakarnya sedikit berbeza. Tetapi kenapa asap kereta tidak menghasilkan jejak (trail) seperti jet/kapal terbang?

Sebabnya adalah suhu.

Semakin tinggi kita naik, suhu semakin sejuk. Kapal terbang dan jet biasanya terbang pada jarak 9 hingga 11 kilometer dari permukaan bumi. Suhu pada altitud ini berada pada -30 hingga -50 darjah Celsius dan semestinya ia sangat sejuk.

Suhu ini sebenarnya menyebabkan wap air memeluwap (condense), seterusnya wap bertukar menjadi air dalam bentuk cecair ataupun pepejal (ais).

Sebab itulah saintis namakannya sebagai “contrail“. “Con” berasal daripada perkataan “condense“. Tindak balas ini berlaku apabila bahan panas bertembung dengan persekitaran sejuk.

Kita dapat perhatikan proses ini di persekitaran kita sendiri. Jika anda pernah pergi ke negara sejuk, nafas kita sendiri pun akan hasilkan kepulan asap daripada mulut. Kepulan itu terbentuk kerana nafas kita panas bertembung dengan persekitaran sejuk.

Proses yang sama juga berlaku pada pembentukan awan. Awan terbentuk daripada pemeluwapan wap air yang terhasil daripada laut. Ada sesetengah kapal terbang tidak menghasilkan contrail, ada sesetengah contrail pula cepat hilang.

Ini semua bergantung pada cuaca, suhu dan setinggi mana ia terbang. Semasa cuaca panas, contrail susah untuk terhasil dan cepat pula hilang. Sebab itu ramai dakwa sering nampak contrail pada waktu pagi.

Bukan itu sahaja, pesawat yang terbang terlalu rendah pun juga tidak menghasilkan contrail. Contrail tidak berupaya memanipulasi ataupun mengubah cuaca seperti yang digembar-gemburkan.

Contrail juga tidak menabur baja virus/bakteria untuk membunuh manusia. Jika kita bimbang dengan contrail, kita perlu bimbang juga dengan asap kereta dan motosikal.

Usahlah tertipu dengan individu-individu yang menjual alat untuk berlindung daripada contrail. Adalah lebih baik kita melawan asap rokok yang sudah semestinya menjejaskan kesihatan manusia.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Brittanica

JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply