ARKIB

KATEGORI

Info

INFO: Kereta lama berusia 25 tahun dan ke atas layak terima diskaun 80 peratus cukai jalan, ini cara-cara untuk memohon

Info

Views

Ini berita baik buat pemilik kereta lama atau klasik! Menurut laman Facebook Klasik Mercedes Malaysia, mereka yang memiliki kereta lama, sebenarnya layak untuk menerima diskaun 80 peratus cukai jalan.

Contohnya, jika kereta berkapasiti 3,000cc, pemilik biasanya perlu mengeluarkan wang kira-kira RM2,100 setahun, namun dengan diskaun tersebut mereka cuma perlu membayar sebanyak RM400 sahaja setahun.

Banyak betul jimat tu! Apakah syarat-syarat dan bagaimana pula untuk memohonnya?

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

Berikut adalah syarat-syaratnya:

  • Usia kereta perlu cukup 25 tahun dari tarikh ianya dikeluarkan.
  • Kereta mestilah dalam keadaan asal (original). Paling penting stereng dan rim perlu mengekalkan komponen yang asal. Jika telah membuat penukaran enjin tetapi dari jenis enjin yang sama dan telah disahkan, ia dibenarkan.
  • Warganegara Malaysia dan kereta didaftarkan atas nama sendiri.
  • Memiliki dua kereta lain atas nama sendiri (tidak kira apa jenama, model, keadaan, masih baru atau lama, dan lain-lain).
  • Kereta tersebut mestilah masih layak untuk dipandu di jalan raya (roadworthy) dan semua sistem yang terdapat padanya berfungsi dengan baik. Pengubahsuaian yang dibenarkan hanyalah bagi peningkatan pada sistem brek, sistem elektrik dan sistem bahan api diterima atas faktor keselamatan sahaja.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Ini pula cara memohonnya:

Sila bawa kereta anda ke mana-mana Bahagian Kejuruteraan Automotif, JPJ Negeri yang berhampiran atau terus ke Ibu Pejabat JPJ di Putrajaya.

Bawa sekali dokumen-dokumen yang perlu seperti:

  • Borang Permohonan (boleh didapati menerusi laman sesawang JPJ atau di kaunter pemeriksaan).
  • Geran kereta klasik dan dua lagi kereta lain yang didaftarkan atas nama sendiri.
  • Salinan kad pengenalan.
  • Gambar-gambar kereta (sudut hadapan, belakang, sisi, bahagian dalaman kenderaan stereng/papan pemuka).

Kemudian, pegawai JPJ yang bertugas akan memeriksa kereta tersebut terlebih dahulu. Sekiranya LULUS, sijil pengesahan klasik 80 peratus akan di keluarkan dan ianya sah untuk tempoh lima (5) tahun.

Ini bermakna kereta lama atau klasik anda masih lagi ‘tip-top’! Selamat mencuba.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Klasik Mercedes Malaysia

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply