ARKIB

KATEGORI

Info

INFO : Lintasan pejalan kaki warna putih dan kuning – Apa bezanya?

Info

Views

Disebabkan berang dan bengang akibat nyaris dilanggar kereta semasa hendak melintas di lintasan pejalan kaki, seorang pemilik akaun Twitter menyeru netizen ‘sekolahkan’ pemandu atau penunggang kenderaan di Malaysia.

Dalam status kicau (twit) tersebut, Haeme Hashim menerangkan perbezaan antara lintasan pejalan kaki berwarna putih dan kuning. Status tersebut turut dikongsikan oleh ribuan netizen lain dan juga beberapa laman sesawang dan juga blog.

Apa beza kedua-dua warna lintasan pejalan kaki ini?

Jika anda nampak lintasan pejalan kaki berwarna PUTIH, ini bermakna anda sebagai pemandu atau penunggang kenderaan tak kiralah sama ada kereta, motosikal, basikal, lori, bas atau kereta lembu sekalipun, anda WAJIB BERHENTI sekiranya melihat ada orang hendak melintas jalan.

JOM BACA >> PANAS : Ruang dalaman Proton Iriz MC2 diperlihatkan semasa sesi pandu uji Tun Dr Mahathir

Apabila anda nampak lintasan pejalan kaki berwarna KUNING pula, anda perlu melihat siapa yang tiba dahulu di garisan tersebut. Jika pejalan kaki yang tiba dahulu di situ, anda WAJIB BERHENTI dan sekiranya anda yang tiba dahulu, pejalan kaki tersebut WAJIB TUNGGU terlebih dahulu, jangan terus melintas kecuali ada lampu isyarat (kalau ada) dan anda hanya perlu mengikut arahan dari lampu isyarat tersebut.

Dah jelas ke belum? Nasihat kami, anda sebagai pemandu atau penunggang kenderaan, apabila dah menghampiri lintasan pejalan kaki tak kiralah warna apa sekalipun, anda wajib memperlahankan kenderaan terlebih dahulu dan bersedia untuk berhenti jika melihat ada pejalan kaki yang hendak melintas. Ia sebagai langkah pencegahan awal sebelum ada perkara yang tidak diingini berlaku.

Fikir-fikirkan dan selamat beramal!

JOM BACA >> PANAS : Foto paling jelas Proton Iriz MC2 yang dipandu Tun Dr Mahathir di Putrajaya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments


  • kalah kat Europe..belum lg pijak garisan kuning, kenderaan mereka akan berhenti. lagi2 klu ada anak kecil. hatta walaupun basikal sekalipun, akan berhenti hormatkan pejalan kaki. Nabi pun da ajar utk org menaki kenderaan utk menghormati pejalan kaki. Mat Saleh ni lebih Islam drpd orang Islam kat malaysia/timur tengah yg suka tekan minyak bila nampak org nak jalan melintas.

Leave a Reply