ARKIB

KATEGORI

Info

INFO: Nak balik kampung? Ini senarai semak untuk anda buat sebelum mulakan perjalanan

Info

Views

Pasti ramai yang gembira dan teruja selepas pada hari Ahad lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kebenaran rentas negeri bermula semalam setelah kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa mencapai 90 peratus.

Bukan setakat rentas negeri, anda kini boleh merentas negara selepas beliau pemansuhan My Travel Pass yang juga berkuatkuasa semalam dan kini rakyat Malaysia dibenarkan untuk ke luar negara untuk tujuan pelancongan dan lain-lain.

Tapi kena ingat, syarat sah semua ini anda perlulah lengkap dua dos vaksin terlebih dahulu, kalau tidak sila berbuat demikian dengan segera.

JOM BACA >> Bukan prop filem pulak dah… sebenarnya untuk uji nilai kenderaan pengiring

Sebelum anda pulang ke kampung, kami ingin kongsikan info dari sahabat kami, Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan (Chaku) berkenaan senarai semak yang perlu anda lakukan sebelum memulakan perjalanan.

Ini 15 senarai semak yang perlu anda buat:

  • Digalakkan untuk membuat saringan RTK atau PCR COVID-19. Hanya mulakan perjalanan bila keputusan negatif.
  • Rancang tarikh dan masa perjalanan. Lebuhraya dijangka amat sesak di waktu kemuncak.
  • Periksa dan selenggara kenderaan sebelum perjalanan. Dah lama tak jalan jauh, kan?
  • Bawa bekalan ubat untuk penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, asma, kolesterol dan sebagainya.
  • Matikan peralatan elektrik yang tidak gunakan dan cabut palam. Tutup paip air utama.
  • Kunci pintu dan jeriji. Maklumkan kepada jiran tentang ketiadaan kita. Nyalakan lampu luar.
  • Jangan lupa tambah nilai kad Touch N Go atau RFID di stesen minyak atau kedai serbaneka (contohnya, 7-Eleven).

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao

  • Elakkan berkonvoi atau berlumba. Kadar kes kemalangan lazimnya meningkat pada waktu ini.
  • Rancang perhentian semasa perjalanan. Ambil kira keperluan rehat, makan dan solat (bagi yang beragama Islam).
  • Kurangkan persinggahan ke banyak tempat sebelum tiba ke kampung halaman.
  • Kekalkan penjagaan SOP di tempat awam seperi pemakaian pelitup separuh muka dan mengimbas aplikasi MySejahtera.
  • Luangkankan lebih banyak masa untuk membuat aktiviti bersama ahli keluarga (ibubapa) di rumah.
  • Bantu ahli keluarga, sekiranya masih ada yang belum menerima vaksinasi.
  • Jika ada ahli keluarga yang bergejala, nasihatkan mereka agar segera berjumpa dengan doktor.
  • Akhir sekali, meskipun tidak bergejala, buat saringan RTK atau PCR COVID-19 sebelum kembali semula ke kediaman anda.

Dalam kegembiraan untuk bertemu ahli keluarga, jangan lupa tentang keselamatan dan kesihatan. Sama-sama kita cakna mengenai perkara ini. Diharapkan agar informasi ini memberi manfaat buat semua.

Berhati-hati di jalan raya dan selamat bercuti!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply