ARKIB

KATEGORI

Info

INFO: Nak laporkan kesalahan trafik kepada JPJ? Ikuti langkah mudah ini

Info

Views

Memandangkan jalan raya sekarang semakin dipenuhi oleh pemandu-pemandu sengal, kami nak kongsikan info bagaimana anda boleh menjadi pengadu atau pelapor kesalahan trafik kepada info.

Dalam satu hantaran terbaharu menerusi laman Facebook rasminya, JPJ kongsikan infografik cara-cara untuk anda untuk melaporkan kesalahan trafik. Anda hanya perlu ikuti beberapa langkah mudah ini:

1. Hantarkan e-mel kepada [email protected]

2. Masukkan butiran lengkap pengadu antaranya:

  • Nama penuh
  • Nombor kad pengenalan
  • Alamat surat-menyurat
  • Nombor telefon

JOM BACA >> PANAS : Foto paling jelas Proton Iriz MC2 yang dipandu Tun Dr Mahathir di Putrajaya

3. Nyatakan butiran kesalahan sebagai bukti:

  • Laporan ringkas aduan
  • Jenis kenderaan
  • Tarikh dan masa
  • Nombor pendaftaran kenderaan
  • Lokasi kejadian
  • Salinan foto, video atau  dokumen berkaitan

4.  Pihak JPJ akan mengeluarkan notis 114 iaitu notis temu siasat pada pemilik kenderaan untuk memberi keterangan lanjut berhubung kesalahan yang dilakukan.

5. Sekiranya didapati bersalah, Notis P22 iaitu notis saman akan dikeluarkan kepada pemilik kenderaan tersebut.

Antara kesalahan yang boleh anda laporkan adalah:

  • Menyalahgunakan lorong kecemasan
  • Mengekori kenderaan lain terlalu rapat
  • Memotong barisan

Kalau JPJ bagi  ganjaran wang tunai atau dapat memperbaharui cukai jalan secara percuma selama setahun kepada pengadu mesti ramai nak jadi sukarelawan kan? Setuju tak?

Selamat mencuba!

JOM BACA >> INTIP: Rombongan unit ujian Lynk & Co singgah di Temerloh – Adakah ia petanda jenama ini bakal masuk ke Malaysia?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply