ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

INFO : Nasihat kepada pemandu

Views

Kami kongsikan sedikit nasihat dan pesanan dari saudara Azad Jasmi yang merupakan Ketua Pengajar di TIC (TAJ International College) Advanced & Performance Driving Academy. Beliau juga tidak asing dalam arena sukan permotoran tempatan dan pernah berkhidmat dengan beberapa pengeluar automotif termasuk Proton.

Nasihat kepada pemandu

Sekalipun kita memandu kenderaan yang baik, tayar yang kuat cengkamannya, sistem brek yang begitu mantap, serta kenderaan anda dilengkapi dengan pelbagai sistem keselamatan dan teknologi terkini, namun sekiranya ANDA yakni pemandu tidak berhati-hati serta memandu dalam keadaan yang terlalu laju melebihi kemampuan kenderaan serta kemampuan diri anda, maka kemalangan boleh terjadi.

Kita tidak mampu melawan hukum fizik atau “Deny The Law of Physics” kerana setiap cengkaman tayar ada hadnya, walau sebaik mana sistem brek dan kecanggihan teknologi, masih ada hadnya. Pandulah dengan cermat dan simpanlah ego kita untuk memandu pada kadar yang tak sepatutnya dijalan raya.

Pengalaman saya sendiri, pemandu yang memandu dengan begitu tinggi lagak dan ego di atas jalan raya, biasanya memandu dengan begitu perlahan dan “takut” di atas trek perlumbaan. Ingatkan orang tersayang dan orang yang menyayangi anda. Ingatlah juga pemandu atau penunggang lain disekeliling anda. “Safety First, Last & Always”.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

6 Comments


  • bab2 keselamatan mmg xde org nak komen….kita patut at least baca n fahamkan…especially kepada hardcore fan P1 yg suka memecut n berlumba di jalan raya…cuba fahamkan sistem hebat camna pun ada limit dia…jadi jgnla anggap Suprima S apatah lagi wira tu kebal


  • Berhati-hati semasa memandu.. Jangan menyalahkan hardcore fan mana-mana brand automaker.. Memandulah dengan berkhemah dan jangan jadi seorang pengguna yang kecewa..


  • Memang brand dan fan xde kaitan direct tp ia tetap ada kaitan mentaliti!

    aku tgk pemandu keta MyVi yg selalu kurang ajar. mentang2 keta tu ringan nisbah berat dengan enjin boleh acah bontot keta org lain.. jgn lupa kes pelumba MyVi yg membunuh satu keluarga termasuk baby tahun lepas!

Leave a Reply