ARKIB

KATEGORI

Info

INFO: Proton X70 dah empat tahun dalam pasaran, ini 10 fakta ringkas menarik mengenainya

Info

Views

Bersempena dengan sambutan ulang tahun keempatnya, pengeluar kereta nasional Proton ingin berkongsi sepuluh fakta ringkas menarik mengenai model SUV pertama mereka, iaitu X70.

Berikut adalah 10 fakta ringkas menarik Proton X70:

  • Proton X70 ialah model SUV premium pertama daripada Proton dan juga model pertama dibangunkan dengan kerjasama Geely.
  • Proton X70 telah dilancarkan oleh Perdana Menteri ketika itu Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Dr. Siti Hasmah pada 12 Disember 2018 di Kuala Lumpur.
  • Proton X70 ialah “kereta bercakap” pertama daripada Proton dengan arahan suara pintar di mana anda hanya perlu menyebut frasa ‘Hai, Proton‘ untuk mengawal ciri seperti tingkap kuasa, penyaman udara, navigasi, muzik dan aplikasi cuaca.

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai

  • Proton X70 menerima lebih daripada 10,000 tempahan sebelum sampai ke bilik pameran.
  • Sehingga akhir bulan November 2022, 82,869 unit Proton X70 telah dijual sejak ia dilancarkan, menjadikannya SUV segmen C terlaris di Malaysia selama empat tahun berturut-turut.
  • Proton mula mengeluarkan Proton X70 di Malaysia di kilang baharunya bernilai RM1.2 bilion di Tanjung Malim pada tahun 2019 dan Proton X70 yang dipasang secara tempatan (CKD) yang pertama melancarkan barisan pengeluaran pada 13 Disember tahun itu.
  • Proton melancarkan Proton X70 2022 pada 9 Jun 2022, menawarkan kemas kini gaya dan pilihan rangkaian baharu untuk pelanggan yang mencari SUV dengan kecekapan bahan api yang dipertingkatkan enjin 1.5L TGDi yang turut dihasilkan di Malaysia.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

  • Brunei merupakan pasaran eksport pertama Proton X70 di mana ia dilancarkan pada 29 Julai 2019.
  • Sehingga kini, Proton X70 telah dieksport ke tujuh negara iaitu Brunei, Nepal, Mesir, Bangladash, Kenya, Pakistan, dan Afrika Selatan, dan sehingga akhir bulan November tahun ini, jumlah jualan eksport berjumlah 2,919 unit.
  • Selain dikeluarkan di Malaysia, Proton X70 juga dipasang secara tempatan (CKD) di Karachi, Pakistan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata, sempena meraikan ulang tahun yang keempatnya, Proton menawarkan hadiah yang terdiri daripada aksesori bernilai RM1,499kadar faedah serendah 2.52 peratus dan banyak lagi tawaran menarik jika pelanggan membeli X70 pada bulan November.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply