ARKIB

KATEGORI

Info

INFO : Tahukah anda van jenazah dan rumah anak yatim boleh dikecualikan bayaran cukai jalan?

Info

Views

Mungkin ramai yang tidak tahu dan secara jujurnya kami pun sebenarnya baru tahu mengenai perkhidmatan yang dibuat oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) ini. Untuk makluman semua, kenderaan yang digunakan sebagai van jenazah dan rumah anak yatim sebenarnya boleh membuat pengecualian pembayaran cukai jalan.

Cuba tanya AJK masjid di kawasan anda sama ada mereka masih membayar cukai jalan sehingga sekarang atau tidak? Kalau mereka masih membayar anda boleh kongsikan info ini kepada mereka. Apa yang perlu mereka buat adalah membuat permohonan kepada JPJ.

Mesti nak tanya berapa kena bayar kan? Tak payah bayar apa-apa pun, PERCUMA jer! Nak tahu bagaimana cara nak membuat permohonan tersebut? Untuk masjid atau rumah anak yatim yang ada van, mereka boleh mencuba buat permohonan cukai jalan percuma.

Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan adalah seperti berikut:

  • Satu (1) salinan perakuan perlembagaan atau perakuan pendaftaran pertubuhan.
  • Tiga (3) keping gambar van jenazah atau rumah anak yatim (pandangan depan, pandangan sisi dan pandangan belakang).
  • Surat permohonan.
  • Carta organisasi AJK pertubuhan.
  • Borang permohonan JPJK14 – 2 salinan : Boleh muat turun menerusi pautan ini Borang JPJ K14 Borang JPJ K14
  • Salinan kad pengenalan wakil atau pengerusi.
  • Salinan geran.
  • Salinan laporan Puspakom VR1.
  • Cop pertubuhan.

(*setiap salinan perlu DISAHKAN oleh Pengerusi)

JOM BACA >> Proton Persona facelift tampil lebih bergaya – Tempahan atas talian dibuka mulai esok

Kalau boleh bila nak buat permohonan ini jangan tunggu sampai cukai jalan kenderaan tersebut tamat tempoh. Bukan apa sebab proses ini mengambil masa, sebagai contoh Puspakom, paling tidak wajib ke sana dua kali setahun. Insurans pun kena beli, yang percuma hanya cukai jalan sahaja.

Sebenarnya ada beberapa pertubuhan atau badan yang layak memohon pengecualian dan pengurangan cukai jalan ini, antaranya:

  • Pertubuhan kebajikan yang memberi khidmat kebajikan kepada masyarakat rasmi.
  • Pertubuhan yang mpunyai perhubungan rapat dengan kepentingan Kerajaan.
  • Pertubuhan keagamaan.
  • Syarikat yang menggunakan kenderaan di dalam kawasan operasi yang terhad seperti ladang-ladang.
  • Pertubuhan keagamaan/kebajikan yang memiliki kenderaan mayat.
  • Perpustakaan Awan Kebangsaan /Negeri yang memiliki kenderaan yang digunakan sebagai perpustakaan bergerak.

Untuk melihat kadar harga potongan cukai jalan sila rujuk pada foto terakhir. Selamat mencuba dan sebarkan untuk kebaikan bersama. Sesekali buat artikel amal jariah macam ni apa salahnya kan?

Sumber: Akhi Akmal, JPJ Cawangan Teluk Intan dan Malaysian Response Team.

JOM BACA >> INTIP : Dua unit ujian Proton X50 berjaya dikesan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply