* Gambar sekadar hiasan
Lama dah tak mendengar info mengenai Proton setelah mempunyai pemilik baru DRB-HICOM. Ini merupakan info terkini yang saya dapat dari sumber yang terdekat. Projek P3-22A (Prevé Hatchback) akan diteruskan dan persiapan untuk mengeluarkan model ini akan bermula hujung tahun ini. Dijangkakan produksinya akan bermula pada suku pertama 2013. Menurut sumber itu juga projek GSC (P2-30A – Global Small Car) masih dalam penilaian atau lebih tepat (KIV) dan ketika ini dalam fasa merekabentuk semula model tersebut. Apa yang saya tahu model ini kemungkinan akan menggunakan enjin 1.3l IAFM+ dengan kotak gear CVT. Jadi adakah ini juga menandakan kerjasama dengan Mitsubishi telah berakhir?
Tambah sikit lagi info, Prevé versi pemanduan sebelah kiri dah mula produksi. Apakah ini petanda permulaan eksport model Prevé? Produksi untuk Persona basic line yang ada airbag pun dah bermula, ini disebabkan peraturan dan undang-undang baru yang telah ditetapkan.
Harap info ini benar, hehehe… Nantikan info seterusnya pada masa akan datang. Stay Tuned!!! 🙂
Not bad… kalau 1.3CFE lagi best hehhe..
saya dengar 1.3 cfe memang ada, tapi masih diperingkat kajian, sebab dana tak cukup nak develop
dana tak cukup ?
apa guna nya pengurusan baru kan ?
hehe
if 1.3 cfe itu di produksikan ia akan banyak memberikan manafaat utk line-up proton. salah satunya sebagai solution utk range 1.5cc dan jikalau di equip pada EMAS production model nanti ia lebih zoom-zoom..hehe
betul global car should prefer turbo fuel effiecient engine. hehe. tapi untuk city car kalau boleh better proton for 1st time produce 1.0 liter engine with turbo + fuel efficient engine. mcm CFE. lg better ada 2 tuning 1.0 liter = 1.3 n/a dan 1.0 liter = 1.6@ 1.5 n/a. konpem leh lawan ecoboost
harap selesaikan OWV dulu… nak angkat kete engine CFE pun pikir sploh kli ni..haha
mohon penjelasan owv dgn overcrank same issue ke lain2?
Lain masalah
Betul2.mohon proton selesaikan masalah ini dlu…dr zaman exora cfe lgik msalah ni…please…
cakap pasal ni hope la Proton baiki sikit after ngan before sales service. before nak dapat kereta punya perit. mcm ada yang potong line je rasa. after benda urgent dan kecik pun (boleh muat dalam sampul) tapi tunggu spare part 3 minggu. adoi
OWV tu aper. saya bukan budak engineering tapi cuma bapa kepada dua anak yang bekerja sebagai petani jer.
Saya check kat Preve forum. One Way Valve. Kita org engineering pun panggil dia ‘check valve’. Kalau pressure operated; ‘pressure relief valve’. Dalam forum tu dia kata minyak sambung ke hydraulic tappet. Ada spring yg bukak supaya minyak pergi satu hala sahaja. Sistem hydraulic mesti ada check valve.
Alhamdulillah. . .ader jugak cita Proton. . .
Hermm…tentang GSC tu…”fasa merekabentuk semula model tersebut”…adakah GSC a.k.a EMAS tuh redesign due to Guigiaro own by VW??
tak, sebab design tu dibuat sebelum vw takeover guigiiaro design tuh, mana boleh suka2…
design semla untuk menepati cita rasa pengguna.. design proton dan guigiaro tu buruk skit.. kene wat com lotis city car tu lawo
huhu..rindu nak dengar berita hangat pasal proton..
bukan bro sorang jer..
model upgrade proton yg akan datang:
– Exora Bold Exec CFE CVT (mgantikan enjin CPS,mybe launch bulan Sept)
– Persona B-Line enhanced version (letak airbag)
– Satria Neo (xtau lg ape yang diubah, mgkin enjin CFE)
setakat ni tu shj yg sy dpt tahu tentang perancangan Proton
dalam masa terdekat ni.
satria neo supercharge kot…
SRM supercharge!!!
Cepat Proton Srm Supercharge!!
Ada satu workshop luar dah start jual sprintax super charger tu.supply and warranty by Proton lagi,dgr2 dia dpt approvel dri Pihak Managment Proton.
Sapa2 berminat pun boleh contact saya,pm fb T-Shirt Dslr online.
*buat waktu ni hanya untuk Cps engine sahaja,complate siap pasang Rm 10k.tq
yup btol cakap bro chor. pnp sahaja. terbaik la workshop tu, dpt kepercayaan tu. klu xsilap warranty x jejas gak. 180hp 250nm if xsilap.
neo supercharger…tp mass volume x byk…
Bro savvy,
Semalam saya start membebel sorang2 kenapa proton x letak basic line double airbag and abs sebab M and H line dah x d, Kenapa x upgrade Je B line. Kalau standard tapi ada airbag and abs mesti ramai beli pasal dah la murah, modified 3k dah jadi H line.
Harap EMAS jangan diubah jadi boring sudahla..
more info on Persona Enhanced added item:
-single airbag
-sportrim
-body color side moulding and side mirror
-price rise: RM1,400
better Proton serap je kos RM 1, 400 tu ataupun kalau banyak sangat bagi je discount RM 1, 400 tu untuk 5, 000 pembeli terawal. means 5, 000 pembeli terawal beli harga lama tp dapat spec kereta lg baik. sbb skrg Proton kena anggap model Persona ni dah jd mcm secondary model pas Preve dilancarkan
Kalau Exo BOLD Executive pun guna CFE+CVT, apa kelebihan BOLD premium? Ke kuar BOLD Premium Auto & Manual serta Exo Prime, Executive stop terus.
Bold exec tukat enjin n gearbox je. lain2 same cm exec skrg. kelebihan Bold Premium: leather seat, reverse camera, spoiler, sportrim 16″,GPS.
Macam mana perkembangan GSC reev ? ENjin 1.3 iafm+ adalah pilihan baik untuk peringkat awal supaya dapat time to market dengan pantas, performance kira baik tetapi mungkin akan ada masalah sebab pada pendapat saya yg amatur ini enjin 1.3 iafm+ sedikit berat untuk kereta segmen GSC ini. Harap di masa hadapan proton mempunyai dana dari DRB untuk membangunkan enjin lebih sesuai seperti contoh 1.2 ltr 3 silinder dengan blok aluminium atau 1 ltr 2/3 silinder dengan turbo macam enjin ecoboost atau multiair. Saya juga harap perubahan design GSC cuma skala kecil sahaja seperti untuk memuatkan enjin 1.3 iafm+ atau disebabkan untuk menyesuaikan platform savvy dengan design kerana saya sangat meminati design asal dengan giugaro.
Persona b-line baru nnt akan pakai 1.6 iafm+ dan cvt atau tidak?
macam enjin skyactive…
aluminiium? proton dalam usaha mengantikan enjin campro… dulu dsz kata enjin campro sampai tahun 2012 kot…
1.2? tak best untuk jalan jauh.. belajar dr kereta luar yg buat kereta kecil, fiat 500 guna ejin 1.4, vw polo guna 1.4… 1,3 tu terbaik dah
silap 2014
Bro,
1.2 tak best ke bro?
VW Polo guna enjin 1.2TSI. (Polo GTi baru pakai 1.4)
Renault Clio 1.2TCE
Nissan Micra 1.2GDI (Tiga cylinder lagik)
Fiat 500 (Baseline dia guna 1.2L jugak) (ada 0.9L dgn 2 cylinder)
Trend skrg ni 1.3 dah jadi odd figure. Europe byk guna figure 1.2, 1.4, dan 1.6. Even Ford pun guna 1.0 utk MPVnya..
memang la yang lain tu enjin kecik tp plus ngan turbo bro.
yg saya tahu b line pakai iafm sahaja. Sebab kalau pakai cvt kene test banyak benda. X tahu la kalau boleh masuk jer..
utk economy of scale,
gsc lebih baik pakai iafm+ & cvt/manual yg dh ada dlm line-up proton skrg.
(ni pendapat aku aje tanpa data backup)
gsc perlu ada yg basic spec yg affordable spy rakyat boleh beli.
xsume mau gajet canggih2.
perodua telah hold market ni begitu lama sbb ramai pemandu2 baru lebih senang dgn kereta kecik sbb skola memandu pakai kereta kecik.
proton gsc harus pecahkan monopoli ni agar rakyat dpt kereta yg berbaloi.
paling penting, gsc kena jimat myk.
saya prefer GSC B line with standard ABS and Airbag. Pakai Steel rim pun x pa..
Kena jadikan ABS dan Airbag standard bagi GSC. Varian B Line bolehlah pakai 1.3 IAFM+ (sbb itu je yg ada) mated dgn manual gearbox dan CVT.
Rupa cantik macam Fiat500, baru orang Funtasticko ni bleh senyum. Huhu
apa aku leh kata…. design dia.. wow… tp ada gak part yg aku kalau boleh ubah skit.. terutama belakang… lain cun
bro tabogeen,
dah tengok ker..??
Diharap pihak Proton develop new engine yg torque’nya 10% dari engine capacity. Contohnya, jika kapasiti 1600cc, torque nya adalah 160NM. Sy lihat byk kereta Europe gunakan spec ini. Hanya pandangan saja. Harap maaf, sy kurang arif bab teknikal kereta ini.
Salam. Gracias.
Mmm… huhu. x minat kete mata bulat. x encem:)
cheers!
@taboogen,
lain byk ke ngn konsep emas?
bro taboogen…design yg bro bg hint nie…final design ker…?? kang jd cm preve…concept gempak…actual kureng….p3-22 pnye rear design mcm mne lak….is it ala2 mazda3 hatch or golf gti…mohon pencerahan dri segi clue bro…(^_^)
aku harap proton akan tukar dashboard kepada design yang lebih global..dashboard preve entah ape2..
bubu,
design preve nh adalah standard conti. Dah pernha tengok dashboard kereta konti lain x..
entah..tapi aku tengok design preve ni memang takde wow factor..nampak macam biasa je..dull..mungkin sebab preve tak pakai digital aircond..so nampak kosong dan boring..sama macam VW polo yang tak pakai digital aircond..boring je dashboard..
yep.. Die simple jer. Tapi ada kereta konti lain yg x kurang sama mcm preve.. Google jer la.. Banyak leh tengok..
@bubu
aku rasa design dashbd preve ni ok ok shj.
kalu compare ngn kete2 lain skrg, byk lg design yg mengarut.
byk butang ingat kapal terbang?
dh tu info panel kecik je.
vw toksah ckp lah..cm kete dolu2.
digital xdigital tu xpenting..yg penting airkon sejuk & kalu rosak senang bikin.
xslh akulah, design asal preve lg cun exterior n interiornye, tp terpaksa ditone downkan. Xsilap geng2 media dh tgk sketch asal. Masa model scalepun rasanya lain ckit. Biasalah tuh, mcm2 sbb termasuk faktor kos, kemampuan vendor tempatan(yela,terikat ngan nap) n lain2, termasuk target spec, target market n target price.
Tp klu dbg kebebasan sedikit kat diaorg, rasa lg baik hasilnya. Hrp2 dgn privatise prtn nih, dptlah lebih kebebasan.
Off topic, exora turbo n saga cvt dh lancar kat thailand bulan lepas, tp xda coverage sgt. Pastuh, r3 bodykit utk persona, masyuklah. Mmg lawo. Regapun dh murah klu banding ngan dulu. N prasan ada jual r3 spring utk inspira.
Yg ada insira, aper lg, grab ler satu spring r3, he…he…extractor mencemar alam ada jual utk campro n cps, tp utk gen2, neo. Tp rasanya bleh sumbat utk exora,persona n saga blm n fl,sama jek panjang dia. Tp cume xnyata yg gen2 tuh utk campro@campro iafm.
aku setuju..masa launch preve dulu, ada sketch interior preve..steering macam land rover..memang jauh cantik dari sekarang punya..
bab stering ni. yg skrg pun bg sy cantik. nampak kemas. terbaik bg proton model mcm waja nyah design. tp detailling preve menang (chrome proton)
Pd pandangan saya, interior yg hebat oleh pekerja Proton boleh dilakukan. Ini kerana pasaran utk Preve di M’sia masih dilindungi. LIhatlah sambutan rakyat Msia bila Preve dilancarkan sehingga kini. Proton tidak akan rugi jika buat dashboard atau Interior yg hebat. Sampai bila Proton tidak mahu menengahkan pereka dari Proton sendiri. Inilah masa yg terbaik utk keluar dari persepsi rakyat tempatan bahawa rekaan dalam Proton setanding dgn jenama dari Eropah dan bukan lagi “cap ayam”. Harap maaf jika pandangan sy ini menyinggung perasaan org lain.
Salam. Gracias.
saya ok dgn design dahsboard. cuma bahagian kawasan aircond tu saya kurang gemar plus 3 butang atas aircond tu. butang fog lamp ngan emergency signal tu. kalau kemaskan bahagian tu dah ok. kemudian kalau proton redesign pintu mesti lagi cun kan. dan of coz haruslah ada leather seat ok. amat kecewa bila guna fabric seat dahtu nak upgrade pun macam proton x brp bg sbb katanya takut kacau side airbag. adoi. dah tak nak letak leather seat pastu x bg kita upgrade ni tak syok ni. kemudian last sekali harap lah pintu belakang tu gunalah sama material macam pintu depan tu. plastik sgt belakang tu. patut belakang pun soft touch gak sbb org belakang lg suka main2 pintu. driver drive je
interior preve memang boleh dikatakan, menarik. tapi pada pendapat saya la eak.. dashboard & centre culster Waja antara yang terbaik rekabentuknya berbanding model2 proton yang lain..
abg mat ni DSZ ka@ bekas lagenda CEO Proton. yang dulu2 selalu di lowyat tu ka
Assalammualaikum…
Saya ni dah lama nk beli Preve ni, tapi bila p kedai Proton jer, nak gaji 2200 basic, nak penjamin lak tu kalau x cukup, gaji kasar mmg ada camtu tapi dalam slip gaji bersih 1800 jer,,,hahahhaha, jadi x lepas la nak beli, ptptn lg, macam2 nak bayar, kalau nak beli gak..kena ada penjamin, x suka susahkan orang lain termasuk adik beradik sendiri, proton cakap kena potong kad kredit la, saya ada ptptn la, adohhh…..saya pakai saga…lagi setahun nak habis bayar….so tiap2 hari asyik tgk proton preve ni….ada kawan cakap…beli la alza….dan tadi sy p showroom perodua…..harga sama jer dengan preve yang sy nk tu….preve 62999 kalau alza premium auto dalam 63530,tp downpaymnt 3000 ada, 2500, 800 pun ada, heran sangat kenapa proton x leh wat cam perodua…, mana nak cekau dwpmnt rm6200, gaji keje kerajaan bukan banyak sangat pun….lainlah keje swasta…pastu dia cakap..kerajaan wajibkan pemasangan air bag pada setiap kereta termasuk viva, jadi sy tgk laman ni ….ada mentions yang persona b line pun akan letak air beg,,wah ni sudah bagus..sebab sy tgh tgk kat mudah.my..ingat nak agkat Persona H-Line Secondhand,,,semua ada…tapi sy takut rosak lak beli seconhand…tujuan lain nak beli preve ni sebab mak ayah sy komplen saga sy kecik….preve besar tapi tak mampu..ingatkan bayar 10 tahun tapi kena potong biro angkasa pastu dengan Bank RAkyat..huhuhuu
sy pakai saga pastu nak upgred kereta yang besoo la sikit…yang ada persona b-line auto yg 49000 tp nampak biasa sangat, GEN2 xda jual, WAJA pun xda. harga dr 50k – 57k kereta proton takde jual…SAYA SAYANG PROTON… baik saya ambik preve tapi macam tak mampu lak, kalau la persona b line letak CVT, air bAG, ABS EBD & BA – UNTUK KESELAMATAN ..DALAM 55k saya mmg ambik persona….janji ada CVT tu jimat minyak sikit…nak pakai auto..dah bosan pakai manual…persona pun besar gak kan…apa pendapat kawan….kalau bayaran 600 – 650 sebulan pun ok cam alza… 1.5EZ, pastu bodykit beli la la kat mana2….
Jadi hari ni funtasticko beri harapan balik kat saya untuk tunggu dan tunggu ..syukur…tadi bawak mak p hospital check biasa ….balik tu tgk alza…mak saya cakap lepas ni…x yah modifield kereta lagi….mungkin ada rezeki Allah nak bg sebab bawak mak tgk kereta Alza, dlu bawak ayah dengan mak tgk Preve…laynan kureng…adik beradik pakai Honda tp diorang suka sangat saga saya jer….mungkin anak lelaki bongsu yang lum kawen …eh mengarut apalak ni….saya mau tunggu New Persona…… thanks
pakai jek aper yang ader bro.jgn gopoh gapah. beli aper yang mampu. rancang aper yang terbaek tuk masa depan.
bro.. ukur baju di badan sendiri…RM2200 basic tu pakai la yang mana ada dulu..
ramai orang muda bankrupt antara faktornya sebab LOAN KERETA!!!
cuba kalau bro pakai kereta baru, nanti nak renew roadtax dan insuran dekat RM1800 mana nak korek??? kredit kad? mampus la jawabnya nak bayar…
macam kasar skit tapi nak nasihat je.. pakai je dulu yg mana ada. ataupun kawen je, pastu kongsi dgn bini beli kereta. Seeloknya cari bini yg pakai Preve atau Persona terus..haha..
p/s: sikap melayu “Biar Papa asal Bergaya” kena buang…. orang cina mereka pakai je kereta buruk, bila dah betul2 gaji besar baru upgrade kereta, diorang mmg particular dgn financial… orang kita asal mula keje je terus angkat kereta baru..haishhh..
saya setuju. use what u can….sebab last last hutang sekeliling pinggang siapa nak bantu?
Saya kerja dah 20 tahun. Baru tahun lepas beli kereta baru. Sebelum ni semua kereta 2nd hand. Tapi dlm jangka masa 20 tahun tu, alhamdulillah saya dapat membangunkan keluarga, anak 3. Isteri pula dah tak perlu kerja. Saya pulak belajar tak tinggi dan hidup dulu memang susah. Kesusahan itu membina karektor dan menolong kita menghargai apa yang kita ada.
Kereta ni harta yang sementara. Orang Johor kata ‘Tak bawak ke mana’. Dalam erti tu. Biarlah minat mendalam pada kereta itu menjadi inspirasi untuk kita memajukan diri.
org ni adalah TARABAS a.k.a sedara….haha
yup i remembered TARABAS.. DANG! 😀
aku gaji 3k pun pkai persona 2nd hand je pun…
Rilek la bro, aku dulu 4 thn naik viva dgn anak 2 org… Br la ni upgrade sbb anak msk 3 org… Bujang lg, buat invesment skt2, ada utg leh buat modal beli kete beso nnt…
bro…hang patut syukur sbb dh ada saga, lagi pun hang pakai sorang atau pun bawa mak ayah pi jalan2…wat masa skarang ni xyah gopoh2 nk angkat proton baru, hang kumpul duit simpanan dlu wat kawin, bawa mak ayah pi umrah, asb simpan lebih 20k, n simpanan dh ada min dlm 50k, beli le kete apa yg hang nak bli, bayar downpayment tinggi tp jgn la pi perabih wang simpanan tu…wekeke…
beli kereta ni ikut kemampuan la bro..sbb fungsi utama hanya utk bawa dr point A ke point B. klu dah gj pn 2000 je pki je yg ade dl. beli kereta yg perlu byr installment rm300 je cukup xperlu mhl2.. nanti bile dah beli yg mahal jgn menyesal di kemudian hari.. duit habis di kereta shj… org lain dah ade rmh sendiri rm200k + simpanan ASB puluh2 ribu.. kau apa ade… setakat kereta nilai susut setiap harga turun..
Gaji ciput RM1800 ada hati nak pakai preve..mana lepas..
ceh tak sedar diri..kah kah…
sori bro..ayat pedas skit…biaselah nasihat org tua2
anak bongsu belum kawen???
alamak bro 2.2k tk leh pakai la bro.. fikir masa depan..
amik je kete bwh 50k..
name them 1.3 or 1.6 iafm+ or cfe please use vvt throught the range. or for 1.3 just develop 8 valve 4 clyinder campro for high efficiency a small global car.
betullah
memang attitude org melayu gaji tak sampai 2500 ada hati nk pakai kete 60k kahkahkah
org cina gaji 5000 kt opis aku pon ada yg pakai viva je lagi
patut ramai org melayu yg muda jadik bankrap..sebab dh tak mampu nk bayar hutang kereta!!!!
orang cina kos hidup tinggi 😛
melayu kita nh jarang nak kumpul duit untuk bayar muka tinggi. kalau nak pakai preve jagi basic 2k, Kumpul la duit muka 20k ke baru la org bank pun seronok nak sain.. Ini x. Baru kerja sebula dah teringin mcm 2..
typical malay haih.. go work harder la bro TARABAS and INGIN BELI SANGAT PREVE CVT!! 😀
terima kasih semua atas pandangan yang anda berikan, ada yang cakap kumpul la duit untuk kawen,saya dah bertunang pun….tapi dah cansel nak kawen dan duit tu saya renovate rumah…hehhehehe…kalau ada jodoh tak ke mana kan…. htr mak apah p umrah, dan pelbagai….itu bukan soal duit…tapi …soal lain..keje part time ada tapi takder tiap2 bulan tu dapat duit…
apa yang saya nak nyatakan disini adalah saya bukan ingin meminta simpati sesiapa tetapi kemungkinan situasi berbeza dengan anda semua..apa saya ingin nyatakan adalah kalau boleh pihak proton menyediakn kereta yang berharga 50-57k untuk golongan pertengahan yang inginkan membeli sebuah kereta yang dalamannya luas, teknologinya baik, jimat minyak….dan cantik……ibu saya mempunyai kaki yang sakit untuk masuk ke dalam kereta saya sy…jadi seat depan tu saya terpaksa tolak sampai ke belakang…harap anda faham la ye…kereta secondhand belambak…tapi risiko yang akan lebih cepat rosak tu masih ada…xkan nak bawak mak saya naik van kot…p hospital….kalau sy mampu bayar 600 sebulan dengan ada downpaymnet ….utk sebuah kereta mengapa saya perlu beli kereta secondhand tapi besar yang mana risiko tersebut lebih banyak…kalau persona b line tu diupgred kepada yang lebih baik tentulah saya beli ….b line tu terlalu basic …
contohnya ….aifm+ cam preve exc auto tu….ada lak cvt…mmg cun la..janji luas..mak dan ayah saya puas ati….senang nak bawak p jalan2 ….masa saya balik dari kerja arituh…mak ada cakap..mak tau ko x suka dengan alza tu….ko suka preve…mak bukan lama pun nk hidup kat dunia ni lagi…ko kena bayar 9 tahun untuk kereta..xkan sebab mak….ko nak ambik alza tu….tentu korang tak faham hati seorang ibu….kalau seat depan tu dah kebelakang …ayah saya dok kat belakang akan cakap ……sempit la….so nak puas hatikan ..tu plan nak beli kereta baru tuh….preve tu mmg luas….saya dah tgk banyak kali.. ayah dok depan …mak dok belakang…diorang cakap….luasnya dari saya…..saya nak beli pun…atas kasih sayang saya kepada ibu dan ayah saya…dah diorang tak mau naik civic 1.8 abg saya ..dlu dr sek ren..sampai sek men…sampai masuk universiti….tak salah…diorang dah tua kita nak bg yang terbaik untuk ibu bapa kita…wasalama
Alhamdulillah, ni la malay yang kita cari. saya sangat berbangga dengan anda. typical malay sebenarnye adalah mereka yg ske memberi pendapat sedangkan mereka tiada usul periksa, n berkata2 seperti sangat bagus. takpe bang, tu pendapat mereka, bro boleh usaha lagi tuk yang terbaik. InsyaAllah selamat dunia akhirat. Amin.
die berikan pndapat dan mntak pndapat scra berhemah bro….ak respect dgn apa yg die critakan dan ade benar ape yg die katakn. so ko respect la skit..komen tu biarlah ber”perasaan”. mungkin ko org senang tp ingt..ad org lbh senang dri kita…x perlu la bertypical2 ni…kpada bro Ingin sangat Bli Preve CvT Auto … sy fham ape yg bro mksudkan..abaikn segala komen2 negatif tuh….yg positif ambik sbg panduan…berjasalah pd kedua org kita bro sementra dieorg masih ada… Berkat kedua ibu bapa tu lbh penting..
syok juga macam bro Campro cakap 1.3Cfe akan keluar..lebih jimat mcm tu. 1.3CFE power sperti 1.8n/a huhu
P2-30A GSC Emas – Kerjasama Proton dan Mitsubishi mungkin masih diteruskan dengan penggunaan “platform & chasis” daripada Mitsubishi GSC. Mungkin sebab itulah Proton terpaksa merekabentuk semula model tersebut. Rekabentuk daripada Italdesign Giugiaro memang menarik tetapi lebih kepada rekabentuk masa depan yang mungkin tidak begitu menepati citarasa kebanyakan orang.
P3-22A Preve Hatchback – Harap model itu PANAS rekabentuknya dan tidak nampak biasa sahaja. Apa yang saya harap untuk model “Premium” ialah:
a) Skin sentuhan yang lebih besar dan direka khas dan bukannya seperti pada Preve yang mesih mempunyai ruang lebihan, dengan 6 pembesar suara dan DVD.
b) ABS+EBD+BA+TC+ESP dengan 4 – 6 beg udara.
c) Lampu depan HID dengan rekabentuk yang lebih menawan dengan LED (ataupun LED diletakkan pada bahagian bamper). Lampu belakang dengan lampu brek dan lampu isyarat LED.
d) Cermin pandang sisi yang lebih bergaya.
e) Papan pemuka yang lebih bergaya dengan TIDAK MENGGUNAKAN KAYU. Papan SID yang dikemaskinikan dan penggunaan lampu warna biru adalah baik supaya isyarat yang harus ditumpukan perhatian seperti amaran (lampu merah) boleh dilihat dengan lebih jelas.
f) Harap penggunaan besi yang lebih tangkas dalam sistem RESS dapat ditambahkan lagi ataupun lebih tangkas daripada model Preve. Sebab ia tangkas dan lebih ringan. Menjimatkan bahan api dan menambahkan lagi keselamatan.
Semoga berjaya Proton dan menunggu kelahiran P3-22A pada awal 2013!!!!!!
mungkin 2014
kalau ikut slide sebelum launching preve dulu, gsc ni pakai platform proton sendiri, versi enhanced dari saga/savvy punya platform… platform ini akan jadi gsc, saga r & small mpv.. kalau nak tambah lg boleh juga jadikan crossover compact, coupe ke
bercerita tentang ‘coupe’, ada ura2 mengatakan model Preve versi coupe akan dikeluarkan bagi menggantikan model Putra. errr~ boleh dipercayai ke ‘gosip2’ ni..?
heee~ pasal GSC, merekabentuk semula tu rasanya betul.. dan ada cerita lagi yang mengatakan, keluar akhir 2012 atau awal 2013. vendor pun tengah siap2 nak produce part untuk GSC.
laa~ laaaa~ ^_^
saya pakai savvy manual 40 k .
baru.
saya kerja sudah 4-5 tahun ,kereta sudah bayar 6 tahun,
saya masih hutang 3 tahun , kerja naik turun ,
bila hilang kerja memang stress.
itu kereta value x da ,
satria 1.3 2000 jual rm12k
savvy 06 jual 12k .
masih hutang 17k kereta 12k = kalau bagi tolak bank jual apa pun x da , tinggal hutang 5k je . kereta downpayment semua hilang. x berbaloi jual .
saya last kerja dekat 1 tahun ,, simpan 15k , buka biznes x byk untung ,
sammpai sekarang masih bayar , lepas ini saya x mau beli /tukar kereta lagi .
kereta mahal mahal x guna,kedai besi jiran sebelah , pakai iswara 95′ sedan.
pakai motor tapi sekarang kedai judi sebelah dia sudah tutup , dia takeover sewa dua biji kedai .
rumah pun double storey punya ,
ini baru investment…………………………………
sabar bro mungkin proton akn keluarkn versi base line tak lama lagi… tunggu saja
wira aku dah 18 thn, masih mantap …