ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

INFO : Tujuh sebab mengapa bank susah nak lulus pinjaman kereta anda

Views

Tiap-tiap tahun pastinya akan keluar pelbagai model baharu kereta yang membuatkan anda teruja untuk memilikinya. Kalau anda duit banyak boleh beli dengan bayaran tunai tetapi kalau tidak, anda perlu membuat pinjaman dengan pihak bank. Nak beli kereta sekarang pun bukan mudah, sebab syarat untuk sewa beli kereta yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia dah semakin ketat.

Rakan kami Muzammil yang merupakan seorang jurujual kereta Proton, kongsikan tujuh sebab mengapa bank susah nak lulus permohonan pinjaman anda. Nak tahu apa dia, kami senaraikan untuk anda:

1. Nama yang disenarai hitam (black list)

Ini mungkin salah diri anda sendiri atau orang yang anda jamin sebagai peminjam gagal membuat bayaran balik pinjaman, sebagai contoh PTPTN atau MARA. Nama anda juga boleh disenaraihitam sekiranya gagal menjelaskan hutang kepada Institusi Perniagaan yang menawarkan skim sewa beli, macam pembelian perabut, peralatan elektrik dan sebagainya dengan syarat, kes ini telah dibawa ke mahkamah oleh institusi perniagaan tersebut.

Kantoi tak bayar ansuran bulanan mesin basuh pun pinjaman tak lulus? Memang leceh kan, tapi hutang tetap kena bayar. Anda boleh semak status anda di bank, badan kerajaan atau syarikat terbabit (tempat yang anda berhutang dengannya).

2. CTOS (Credit Tip Off Service)

Pastikan nama anda bebas dari senarai CTOS. Ia merupakan sebuah badan atau pangkalan maklumat yang mengumpul data-data saman atau perintah muflis yang dikeluarkan terhadap individu atau syarikat. Sekiranya terdapat kes-kes saman atau muflis, mereka merupakan antara pihak yang akan dimaklumkan terlebih dahulu.

Bagaimana untuk membuat semakan status anda dengan CTOS?

  • Layari laman web CTOS Sdn Bhd dan mendaftar sebagai pengguna
  • Muat turun aplikasi CTOS di Apple Store atau Google Play (kena daftar ID pengguna telebih dahulu)
  • Datang sendiri ke pejabat CTOS di alamat :CTOS Sdn. Bhd
    Unit 01-12, Level 9
    Tower A, Vertical Business Suite
    Avenue 3, Bangsar South
    No. 8, Jalan Kerinchi
    59200 Kuala Lumpur

Kalau rasa nak tahu lebih lanjut sila hubungi talian – 03-27228833 (Pertanyaan Peribadi) atau 03-27228882 (Pertanyaan Perniagaan)

3. Central Credit Reference Information System (CCRIS)

Bank sebenarnya tahu maklumat kredit seseorang atau sesebuah syarikat kerana adanya sistem pengumpulan maklumat yang dipanggil CCRIS.  Segala rekod bayaran pinjaman, gadai janji, kad kredit, overdraf atau lain-lain yang anda lakukan setiap bulan kepada mana-mana bank akan mereka hantar ke Bank Negara Malaysia dalam format laporan bulanan.

Tak kiralah anda peminjam bermasalah atau tidak, maklumat anda memang sudah sedia ada dalam sistem CCRIS. Untuk mendapatkan laporan terkini CCRIS anda, kunjungilah BNMLINK di alamat seperti di bawah:

Ground Floor, D Block,
Jalan Dato’ Onn, Kuala Lumpur.

Tel: 1-300-88-5465 (1-300-88-LINK) (Overseas: 603-2174-1717)
Faks: 603-2174-1515
E-mail: bnmtelelink@ bnm.gov.my

4. Gaji pokok rendah

Ini adalah perkara yang membataskan hajat mereka yang bergaji rendah. Ia juga penyebab mengapa pinjaman anda ditolak pihak bank kerana anda dianggap tidak berkemampuan untuk memiliki kereta. Contohnya, gaji pokok anda hanya RM1,200, secara automatiknya dalam keadaan ekonomi sekarang, gaji di bawah RM2,000 perlu ada seorang penjamin. Penjamin pula perlu dari kalangan ahli keluarga.

5. Umur yang terlalu muda

Faktor umur terlalu muda seperti bawah 22 atau 23 tahun juga menjadi faktor pinjaman anda sangat sukar untuk diluluskan oleh pihak bank. Sebab apa? Kerana anda dianggap terlalu muda untuk memiliki kenderaan dan kebiasaan bank akan meminta anda menyedikan seorang penjamin.

6. Komitmen bulanan tinggi

Walaupun gaji anda besar dan nampak macam cukup untuk buat pinjaman kereta, tetapi jika anda ada komitmen bulanan tinggi, senang cerita banyak hutang, bank sukar nak luluskan pinjaman anda. Pihak bank akan membuat kiraan komitmen bulanan anda terlebih dahulu, dan sekiranya komitmen terlampau tinggi, ada kalanya sampai tahap negatif, lupakan sahajalah hasrat murni nak pakai kereta baharu.

7. Masalah PTPTN

Ini juga punca bank susah nak luluskan pinjaman kereta anda, bukan itu sahaja nak ke luar negara pun disekat tau! Anda perlu ingat, peminjam PTPTN wajib membyar balik pinjamin pengajian selepas enam bulan dari tempoh tamat pengajian. PTPTN akan senaraikan nama anda dalam sistem CCRIS dan apabila ini berlaku bank memang liat nak luluskan pinjaman, melainkan anda ada surat penjadualan semula dari pihak PTPTN.

Terima kasih kepada saudara Muzammil yang sudi berkongsi informasi berguna ini kepada kami. Kalau ada antara kita yang berada di kawasan Johor Bahru yang nak beli kereta Proton, boleh hubungi beliau 012-765 6293.

Jom tonton ENGEAR – Episod 9 : BMW 330e M Sport!

BMW 330e M SPORT 2017 / BABY DRIVER Review - ENGEAR EP8

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

10 Comments


  • Salam nk tnya,,saya kerja swasta dah 3 thun,,gaji bersih 1175.00 ada EPF..
    Saya ada kerja part time gaji 600 cash x dak EPF..
    Mcm mna,,blh approve x.??
    Lesen semua ada..


  • Hari Baik, Memohon Untuk Pinjaman Saya Encik julius Becker pemberi pinjaman pinjaman yang boleh dipercayai Anda memerlukan pinjaman untuk projek, pelaburan, pinjaman peribadi, pinjaman rumah, pinjaman pelajar, pinjaman penyatuan dan pinjaman untuk pelbagai projek? Adakah anda memerlukan pinjaman untuk memulakan perniagaan kecil, sederhana atau besar? Adakah anda memerlukan pinjaman untuk membina pinjaman rumah atau kereta? Adakah anda memerlukan pinjaman untuk membeli jentera peralatan untuk bekerja? julius becker Firma pinjaman adalah jawapan kepada semua masalah anda, kami memberi pinjaman pada kadar faedah 2% dan transaksi kami adalah cepat, selamat dan mudah. mereka yang ingin mendapatkan pinjaman dari kami harus menghubungi kami sekarang melalui ([email protected]) dengan segera untuk mendapatkan maklumat lanjut.
    Menunggu jawapan anda.
    Selamat sejahtera
    Mr.Julius Becker.


  • Ini adalah untuk memberitahu orang ramai bahawa Encik Burrick Spencer telah membuka peluang kepada setiap orang yang memerlukan sebarang bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman kepada individu, firma dan syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan difahami.
        
    E-mel: [email protected]
    Selamat sejahtera,
    Encik Burrick Spencer


  • Potrebujete financní prostredky?
    Hledáte finance?
    Hledáte peníze na rust svého podnikání?
    Pomáháme jednotlivcum a spolecnostem získat podnikatelské úvery
    rozširovat a zakládat nové podniky v libovolném poctu. Získejte cenove dostupnou 3% úrokovou pujcku, potrebujete tuto hotovost / úver na podnikání a úcetnictví? Pak nám pošlete e-mail pro více informací, kontaktujte nás nyní e-mailem: [email protected]


  • Adakah anda sedang mencari pinjaman untuk memulakan perniagaan atau projek keinginan hati anda? Di KARINA ROLAND LOAN COMPANY, kami menawarkan semua jenis bantuan kewangan kepada semua individu yang memerlukan pinjaman seperti “pinjaman peribadi, pinjaman pelaburan, pinjaman pinjaman rumah dan syarikat pinjaman di seluruh dunia, kadar faedah kami adalah 2% setahun. Jika anda mempunyai projek yang baik atau ingin memulakan perniagaan dan memerlukan pinjaman untuk membiayainya dengan segera, kami boleh membincangkannya, menandatangani kontrak dan kemudian membiayai projek atau perniagaan anda untuk bersama dengan Bank Dunia dan Bank Industri.

    Hubungi KARINA ROLAND LOAN COMPANY hari ini untuk sebarang mata wang yang anda mahukan.

    Kategori Perniagaan

    Perniagaan Merchandising.
    Perniagaan pembuatan
    Perniagaan Hibrid.
    Pemilikan tunggal
    Perkongsian.
    Syarikat.
    Syarikat liabiliti terhad.
    pinjaman peribadi.
    pinjaman pelaburan.
    Pinjaman Hutang.
    Pinjaman Rumah.
    Pinjaman gadai janji.
    Pinjaman perniagaan kecil.
    Pinjaman pelajar.
    Pinjaman Auto.

    KARINA ROLAND LOAN COMPANY

    Keperluan kewangan anda Hubungi kami melalui E-mel:
    E-mel: Karinarolandloancompany@gmail

Leave a Reply