Menerusi satu hantaran ringkas di laman Facebook rasminya, Proton ingin menegaskan infografik senarai harga X50 yang tular di media sosial adalah berita palsu. Buat masa ini pihak Proton masih lagi belum mengeluarkan mahupun memuktamadkan senarai harga rasmi bagi model tersebut.
JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang menarik? Tempahan dibuka mulai esok
Tambah kenyataan itu lagi, pihaknya amat memahami rasa keterujaan sempena menantikan detik pelancaran SUV yang paling dinanti-nantikan tahun ini dan akan menyiarkan segala maklumat yang berkenaan dalam masa terdekat.
Tempahan model ini telah pun mula dibuka semalam dan majlis pra-pelancaran telah dibuat pada hari Selasa lalu di Tanjung Malim. X50 akan ditawarkan dengan empat pilihan varian yang terdiri dari varian Standard, Executive, Premium dan Flagship. Enam warna boleh dipilih antaranya Snow White, Jet Grey, Armour Silver, Ocean Blue, Passion Red dan Citrus Orange serta kombinasi warna dwitona dengan bumbung hitam (untuk varian Flagship).
JOM BACA >> Proton X50 – Perincian ringkas mengikut varian
Ia dikuasakan oleh enjin petrol 1.5 liter TDI yang mampu menghasilkan iaitu 150 PS dengan 226Nm daya kilas untuk varian Standard, Executive, Premium manakala varian Flagship pula mendapat enjin 1.5 liter T-GDi yang lebih berkuasa dengan 177 PS dengan 255Nm daya kilas.
Enjin ini digandingkan pula dengan transmisi 7-kelajuan DwiCekam (DCT) dengan mod penukaran gear secara manual. X50 menampilkan reka bentuk yang sporty dan ia telah mendapat banyak reaksi positif daripada warganet dan juga orang ramai. Untuk maklumat lanjut layari https://www.proton.com/.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Proton Cars
JOM BACA >> Proton tayang imej rasmi pertama X50
JOM BACA >> KJ lihat dan uji prototaip MYKAR, EV pertama buatan Malaysia
JOM BACA >> Pra-pelancaran Proton X50 bakal dibuat dalam masa terdekat – Beberapa model ‘edisi khas’ sedang dipersiapkan!
JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!
JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?
KOMEN TERKINI