ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ingkar PKP – Enam beranak keluar ke pasar raya didenda RM6,000

Berita Tempatan

Views

Gara-gara keluar ke pasar raya beramai-ramai, enam beranak telah dikompaun dengan jumlah keseluruhan RM6,000 kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menurut laporan dari New Straits Times, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintenden Agus Salim Mohd Alias berkata, mereka yang berusia antara 19 dan 48 tahun, ditahan pada jam 12.45 tengah hari pada hari Sabtu.

JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

Jelas beliau, antara kesalahan yang dilakukan adalah melanggar perintah seorang pegawai penguatkuasa, memasuki pasar raya dalam satu kumpulan dan tidak mengamalkan penjarakan sosial. Tambahnya, kesemua individu tersebut telah dikenakan dikompaun mengikut Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung

Agus Salim berkata individu-individu tersebut telah diberikan tempoh dua minggu dari tarikh kompaun untuk membayar saman mereka. Beliau turut menggesa orang ramai untuk mematuhi PKP, sambil menambah bahawa polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang keras terhadap mereka yang melanggar perintah yang dikuatkuasakan untuk membendung penyebaran wabak COVID-19.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai
JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply