ARKIB

KATEGORI

Info

Ini lima pilihan warna untuk Perodua Alza (D27A)

Info

Views

Nampaknya semakin banyak informasi terbaharu berkaitan model yang paling dinanti-nantikan tahun ini, iaitu Perodua Alza (D27A). Sebelum ini, artikel terdahulu mengatakan yang pelancaran model Alza (D27A) dijangka pada bulan Jun 2022.

Apa yang sudah pasti, Alza (D27A) akan ditawarkan dengan tiga pilihan varian, iaitu X (asas), H (pertengahan) dan AV (andalan). Model MPV tujuh-tempat duduk ini dikuasakan oleh 2NR-VE 1.5L Dual VVT-i (103 PS, 136 Nm daya kilas) dengan pilihan transmisi D-CVT.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Terbaharu, kami memperoleh maklumat mengenai pilihan warna yang ditawarkan untuk kembar kepada   Daihatsu Xenia dan Toyota Avanza/Veloz di Indonesia. Mengikut sisipan yang diterima, ia bakal ditawarkan dengan lima pilihan warna.

Berikut adalah senarai pilihan warna Alza (D27A) mengikut varian:

  • Ivory White (solid)
  • Glittering Silver (metalik)
  • Elegant Black (metalik)
  • Garnet Red (metalik) – Tidak ditawarkan pada varian X
  • Vintage Brown (metalik) – Tidak ditawarkan pada varian X

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Ini bermakna, Perodua masih mengekalkan dua warna pada model sebelumnya iaitu Ivory White dan Glittering Silver, manakala Elegant Black, Garnet Red dan Vintage Brown merupakan penawaran yang terbaharu bagi menggantikan warna Granite Grey, Electric Blue dan Mystical Purple.

Anggaran harga untuk model serba baharu ini pula adalah sekitar RM69,000. Namun, tidak dipastikan sama ada ia merupakan varian andalan ataupun harga permulaan untuk varian asas.

Setakat ini, Perodua masih lagi belum secara rasmi membuka tempahan untuk model Alza (D27A). Berkemungkinan, tempahan yang diwar-warkan oleh beberapa pengedar Perodua ini dibuat menerusi model Alza semasa, tetapi permohonan pinjaman pula dibuat atas model Aruz.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Theophilus Chin

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply