ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ini mungkin gambaran Saga 2019 versi hatchback dan ute, jika Proton mahu menghasilkannya

Gambaran artis

Views

Seperti biasa, jika ada gambaran artis yang realistik seperti ini kita sudah tahu siapa yang menghasilkannya, betul tak? Sudah semestinya ia adalah hasil karya, pakar manipulasi digital yang tersohor Chin Swee Hoe @ Theophilus Chin.

Kali ini Theo menggunakan kepakarannya untuk mengubahsuai model baharu Proton, Saga 2019 kepada dua versi – hatchback dan ute (pikap). Untuk kedua-dua model ini, Theo masih mengekalkan keaslian rekaan muncung hadapan dan hanya mengolah ekornya, satu dikerat menjadi hatchback dan satu lagi dipotong bahagian belakang dan disambung dengan ekor pikap.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Saga 2019 – 10 perubahan paling penting yang wajib anda tahu

Kami lebih berminat kepada Saga 2019 versi hatchback kerana ia mempunyai potensi untuk dikomersilkan sebagai pengganti Savvy yang menjadi asas kepada Saga generasi kedua dan ketiga. Walaupun secara zahirnya ia jelas memperlihatkan bentuk hatchback 2-kotak konvensional, rekaan belakangnya telah digayakan dengan lebih moden dan ringkas.

Sekilas pandang dari belakang, Saga 2019 hatchback ini mempunyai iras model supermini Škoda Fabia dan juga Audi A1. Pada kami, rekaan ini tidak terlalu janggal dan mungkin boleh bertahan lebih lama walaupun nampak agak ‘old school‘ dari pandangan depan. Saga 2019 versi hatchback ini jika direalisasikan mungkin mampu menggugat jualan Perodua Axia yang begitu selesa tanpa sebarang pencabar.

JOM BACA >> Proton Saga 2019 lebih ‘gah’ – Ini 5 perubahan yang kami suka

Untuk versi ute, mungkin ia sesuai untuk menggantikan Arena yang masih tiada pengganti sehingga ke hari ini. Proton dulu pernah menghasilkan prototaip ute dari Saga generasi kedua (BLM) namun ia tidak dikomersilkan. Pada pandangan kami, buat masa ini model ute tidak perlu dihasilkan memandangkan trend automotif global lebih terarah kepada genre SUV.

Jadi cukuplah ia hanya sekadar gambaran secara visual untuk menjadi ‘halwa mata’. Apa pendapat anda mengenai kedua-dua karya manipulasi digital ini? Kami lebih minat Saga 2019 versi hatchback, anda pula bagaimana?

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Saga facelift 2019 sudah tiba di bilik pameran
JOM BACA >> Alam Perkasa Consortium tayang lakaran MIMCO Alif rekaan Giugiaro
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 bakal dilancar minggu depan
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 ditemui sekitar kawasan pekan kecil

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply