ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ini mungkin satu lagi kembar Modenas Karisma 125 S baharu, Kenbo Wolf X 125

Berita Tempatan

Views

“Ku sangkakan dua, rupanya tiga…” Sebenarnya ada satu lagi model skuter yang ‘mirip’ dengan Modenas Karisma 125 S baharu yang bakal dilancarkan secara maya menerusi FB LIVE Modenas pada 24 Februari 2022.

Dalam artikel terdahulu kami berjaya membongkarkan dua daripadanya iaitu, Motoposh Evo 125 dari Filipina dan versi asalnya yang merupakan skuter buatan ChinaLucky Star Theo 125.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Kali ini, satu lagi ‘kembar’ Karisma 125 S baharu juga merupakan skuter buatan China, yang dikenali dengan nama Kenbo Wolf X 125. Ketiga-tiga skuter itu memang serupa, macam ‘klon’ la senang cerita.

Tapi yang menjadi persoalannya kini, model yang mana keluar terlebih dahulu? Kenbo Wolf X 125 ke Lucky Star Theo 125? Soalannya lebih kurang macam Minah ke Do yang mati dulu, pasti akan keliru.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Skuter Kenbo Wolf X 125 ini dikeluarkan oleh syarikat Taizhou Jiaojiang Zhiwei Motorcycle Manufacturing Co., Ltd. yang berpangkalan di bandar pelabuhan Taizhou, dalam Wilayah Timur Zhejiang.

Eh kejap, bukan Zhejiang tu kampung asal Geely? Oh, maknanya, DRB-HICOM ni cari ‘rakan strategik’ baharu yang ‘sekampung’ dengan Geely juga la ye?

Apa terjadi dengan kerjasama mereka dengan Kymco, sudah berakhir atau masih berajalan lagi itu kami tidak pasti. Apapun, tunggu sahajalah pelancarannya dua hari sahaja lagi, lepas tu kita sambung ‘bergosip’ lagi ye.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply