ARKIB

KATEGORI

Buletin

Inilah dia trak bomba pertama buatan Gaza, hasil sumbangan rakyat Malaysia

Berita Global

Views

Sejarah tercipta di bumi Palestin kerana mereka telah berjaya menghasilkan trak bomba pertama buatan tempatan yang bakal menabur bakti di bumi Gaza.

Berita gembira ini telah disampaikan oleh saudara Nadir Al-Nuri menerusi satu hantaran ringkas di akaun Facebook miliknya sejak semalam.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Menurut warga Malaysia yang menetap di Palestin sejak 2013 itu, trak itu merupakan hasil sumbangan badan bukan kerajaan (NGO), MyAqsa Defenders (MyAD).

Tambah Nadir, trak pertama sumbangan MyAqsa Defenders ini akan melalui fasa percubaan dan sekiranya melepasi tempoh tersebut, 4 buah trak lagi akan dihasilkan sumbangan dari Cinta Gaza Malaysia.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Rakan media di Motoqar.com berkata, trak bomba berkenaan dicipta dan direka oleh pakar, jurutera serta juruteknik Palestin di Semenanjung Gaza dan telah berjaya disiapkan dalam tempoh kurang dari tiga bulan.

Jika dilihat pada foto-foto yang disiarkan, berkemungkinan trak bomba berkenaan dibina dari casis Renault Midlum 220 yang juga boleh diubahsuai menjadi lori tangki, trak tunda, trak barangan dan lain-lain lagi.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Nadir Al-Nuri

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply