ARKIB

KATEGORI

Buletin

Inisiatif Selenggara Baiki untuk model dengan enjin CFE bermula

Views

Isu berkaitan Hos Penyejuk Minyak (Oil Cooler Hose) yang menghantui pemilik kenderaan Proton yang menggunakan enjin turbo CFE akhirnya mendapat perhatian dan diambil tindakan segera oleh Proton. Semasa acara ‘My New PROTON’ baru-baru ini, Proton Holdings Berhad telah mengumumkan Inisiatif Peningkatan Selenggara Baiki untuk model yang terlibat.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dato’ Abdul Harith Abdullah berkata, “Setelah mendapat maklum balas dari pelanggan, pihak pengurusan Proton telah melakukan langkah pencegahan dengan menawarkan inisiatif Selenggara Baiki kepada beberapa model kenderaan yang terlibat seperti Exora, Suprima S and Prevé. Inisiatif ini merupakan janji dan komitmen terbaharu kami untuk sentiasa berhubung dengan pelanggan.”

“Pelanggan akan dihubungi menerusi pesanan SMS dan surat dan mereka tidak perlu risau apabila menghantar kenderaan mereka untuk diservis kerana Hos Penyejuk Minyak akan ditukar oleh Pusat Servis yang bertauliah jika jarak pemanduan mencecah 40,000 km. Kebolehpercayaan kenderaan kami di bawah Program Jaminan Kualiti Proton adalah penting bagi kami, “tambah beliau lagi.

Pemilik model yang terlibat dengan perbatuan mencecah 40,000 km dan ke atas adalah dinasihatkan untuk menghubungi mana-mana pusat servis Proton yang bertauliah untuk membuat temu janji pemeriksaan percuma. Segala kos buruh dan alat ganti adalah tidak akan dikenakan sebarang bayaran. Hubungi Talian Khidmat Pelanggan 1800 888 398 atau e-mel kepada [email protected] untuk sebarang pertanyaan dan bantuan.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

3 Comments


  • Baru sembang dgn service advisor SC Juru. Proton akan tukar dgn yg design asal dulu buat masa ni. Design baru lepas 4-5 bulan nanti.


  • ceh..aku tukar exora bold aku, lepas 2 minggu tukar pulak dia burst.
    memula dia suruh bayar, sebab first change aje proton absorb.
    tapi mana logik siot, pakai 2 minggu rosak.
    nasib baik last2 takyah bayar.
    harap tak burst sampai the next 40k

Leave a Reply