ARKIB

KATEGORI

Buletin

Inisiatif Ujian SmartLane bakal bermula 23 Oktober di Lebuhraya NKVE

Berita Tempatan

Views

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menerusi satu kenyataan media mengumumkan, mereka merancang untuk memperkenalkan Inisiatif Ujian SmartLane secara manual untuk mengatasi aliran kesesakan trafik di laluan Setia Alam menuju ke laluan keluar di Plaza Tol Shah Alam bermula 23 Oktober.

Selepas menjalankan penilaian dan pemerhatian, PLUS merancang untuk melaksanakan teknologi Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) dan memantapkan inisiatif SmartLane secara elektronik, iaitu pendekatan sama yang telah digunapakai di United Kingdom dan Belanda.

Langkah ini bertujuan mengoptimumkan penggunaan semua laluan bagi membantu melancarkan aliran trafik sekaligus untuk mengurangkan kesesakan bagi para pelanggan yang menggunakan laluan di antara Setia Alam ke Shah Alam di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) pada pagi waktu puncak.

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini

Pengujian sistem SmartLane ini akan dilaksanakan di Lebuh raya NKVE antara KM3.2 hingga KM9.2 (Arah Utara) mulai jam 6:30 pagi hingga 9:30 pagi pada setiap hari Isnin hingga Jumaat. Dalam tempoh tersebut, ruang paling kiri yang sedia ada dibuka sebagai laluan tambahan sementara untuk menambah kapasiti lorong dan membantu melancarkan aliran trafik.

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Zakaria Ahmad Zabidi berkata, berdasarkan kajian, pertembungan trafik serta permukaan jalan yang sedikit mendaki telah menyumbang kepada kesesakan di NKVE. Projek pengujian SmartLane ini adalah langkah proaktif bagi membantu pada pelanggan menikmati perjalanan yang lancar.

Zakaria menambah, PLUS juga telah melakukan pelbagai persediaan sebelum melaksanakan inisiatif ini. Antaranya menempatkan anggota Polis dan PLUSRonda di lokasi, memasang papan tanda trafik, menyediakan trak tunda tambahan di lokasi strategik dan menyediakan hentian kecemasan di KM5.6.

Katanya, berdasarkan rekod PLUS, sebanyak 302,000 kenderaan menggunakan NKVE pada setiap hari di mana 22 peratus daripadanya memasuki lebuh raya berkenaan secara serentak pada waktu puncak di sebelah pagi. Dengan pelaksanaan SmartLane, ia dijangka dapat mengurangkan kesesakan pada waktu puncak di laluan Setia Alam-Shah Alam sebanyak 30 hingga 40 peratus, sekiranya aliran trafik lancar tanpa sebarang insiden seperti kemalangan atau kerosakan kenderaan di laluan tersebut.

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini

Namun begitu, PLUS turut menyediakan trak tunda untuk bersiap sedia di lokasi untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Pelaksanaan SmartLane terbahagi kepada dua fasa, di mana Fasa Pertama akan beroperasi secara manual berdasarkan papan tanda jalan yang dipasang di sepanjang laluan terbabit. Fasa Kedua SmartLane dijangka akan beroperasi pada Suku Kedua 2020 dengan menggunakan teknologi Sistem ITS sepenuhnya.

Teknologi ITS yang digunakan pada Fasa Kedua akan membolehkan PLUS untuk mengurus penguatkuasaan dan menjalankan penyuraian trafik dengan lebih cekap. Kesemua sistem ini akan dapat dipantau dan diuruskan melalui Pusat Kawalan Trafik PLUS di ibu pejabatnya, Persada PLUS. Tambah Zakaria, pihaknya juga bercadang akan memperluaskan inisiatif SmartLane di lain-lain lokasi di lebuh raya PLUS pada masa akan datang.

Pada masa yang sama, mereka menasihatkan semua pelanggan lebuh raya supaya mematuhi semua papan tanda keselamatan, mematuhi had kelajuan, memberi laluan kepada kenderaan kecemasan dan lebih berhati-hati ketika melalui laluan tersebut. Inisiatif SmartLane ini turut mendapat sokongan dan kerjasama penuh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply