ARKIB

KATEGORI

Tular

Insiden baling batu ke arah kenderaan, suspek sedang diburu polis

Tular

Views

Polis mengesahkan menerima dua laporan berkaitan insiden membaling batu ke arah kenderaan di Jalan Mempaga, Lurah Bilut dekat Bentong yang tular di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, sehingga kini pihaknya telah menerima dua laporan mengenai kejadian berkenaan.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Katanya, pada 4 April (semalam) tular gambar dan rakaman video di laman kumpulan (group) Facebook ‘Kami Penduduk Bentong(OFFICIAL)‘ berkaitan insiden membaling batu ke arah kenderaan di kawasan berkenaan.

Bertindak atas maklumat berkenaan, pihak polis sedang memburu suspek yang melakukan perbuatan khianat tersebut.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Beliau menjelaskan, pihak polis bekerjsama dengan penduduk setempat di Felda Mempaga dan Kampung Rancangan Tanah Pemuda (RTP) Lebu untuk membuat rondaan serta pemantauan bagi mengesan suspek.

Tambah beliau, pihaknya memohon kerjasama daripada semua pihak agar berhati-hati semasa memandu di jalan tersebut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden tersebut diminta menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) IPD Bentong di talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis berdekatan. – Astro AWANI

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Kami Penduduk Bentong(OFFICIAL)

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply