ARKIB

KATEGORI

Tular

Insiden penunggang motosikal marah pemandu Mazda CX-8 disiasat

Tular

Views

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim mengesahkan menerima laporan polis berhubung tindakan sekumpulan penunggang motosikal memarahi pemandu kereta di Kilometer 370 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara berdekatan Sungkai, kelmarin, selepas video rakaman kejadian itu tular di media sosial.

Harian Metro melaporkan, Ketua Polis Daerah Muallim Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, ketika kejadian pemandu kereta dan isteri yang mengandung, masing-masing berusia 34 tahun, dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke arah Ipoh, Perak.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Menurutnya, hasil siasatan, kejadian berlaku kira-kira 12 tengah hari selepas pemandu kereta terbabit yang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mazda CX-8 berhenti di lorong kecemasan apabila isterinya yang hamil hendak termuntah.

Katanya, selepas selesai, pemandu Mazda CX-8 terbabit meneruskan perjalanan di lorong kecemasan dan tiba-tiba kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard dari lorong kiri terus masuk ke lorong kecemasan.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Keadaan ini menyebabkan pemandu Mazda CX-8 membrek kenderaan secara mengejut dan mengakibatkan perlanggaran membabitkan motosikal Yamaha Y15ZR, Honda RS150R dan Benelli RFS150.

Katanya, akibat pelanggaran terbabit menyebabkan penunggang motosikal berang dan marah terhadap pemandu Mazda CX-8 yang memandu di lorong kecemasan.

Semua penunggang motosikal yang terbabit dalam kemalangan hanya mengalami kecederaan ringan dan sudah menerima rawatan. Tambah beliau, semua kenderaan hanya mengalami kerosakan kecil sahaja. Kes disiasat mengikut Kaedah 10 LN 166/59.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply