Insiden pokok tumbang baru-baru ini akibat ribut petir di Lembah Klang telah menjadikan orang ramai lebih berhati-hati selepas laporan mengenai beberapa kenderaan yang telah mengalami kerosakan.
Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Peril Khas), Sean Wang mengingatkan orang ramai untuk memastikan mereka mempunyai perlindungan Peril Khas dibawah polisi insurans Komprehensif Kereta Persendirian bagi melindunginya daripada kerosakan pokok tumbang akibat ribut.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Jelasnya, ribut petir dan banjir boleh berlaku pada bila-bila masa dan bukan hanya pada musim tengkujuh. Kejadian pokok tumbang baru-baru ini yang telah merosakkan banyak kenderaan adalah salah sebuah contohnya.
Tanpa perlindungan Peril Khas, anda terdedah kepada risiko menanggung penuh liabiliti kejadian bencana alam. Ini benar-benar senario terburuk di mana aset anda hilang tetapi anda mungkin masih perlu meneruskan ansuran sewa beli anda dengan bank.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Peril Khas seharusnya menjadi sebuah hal yang lazim pada hari ini. Dengan bayaran tambahan yang kecil, anda dilindungi daripada kejadian seperti banjir, taufan, ribut, tanah runtuh atau sebarang bencana alam yang lain.” sambung Sean.
Allianz General juga menggesa orang ramai untuk memiliki perlindungan insurans Kemalangan Peribadi untuk melindungi diri mereka daripada kecederaan badan, hilang upaya atau kematian yang disebabkan oleh kemalangan.
Jika anda ingin menambah Peril Khas atau membeli insurans Kemalangan Peribadi, sila hubungi ejen anda. Layari PAUTAN INI untuk maklumat lanjut.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI