ARKIB

KATEGORI

Buletin

Intai-intai Perodua Axia, pengganti Viva atau pengganti Myvi?

Views

axia advance

Beberapa minggu sebelum pelancaran Perodua Axia, kami dijemput untuk memandu uji jentera tersebut di MAEPS, ataupun tapak ekspo pertanian Malaysia yang berhampiran dengan MARDI dan UPM. Di situ kesemua varian disediakan untuk wartawan permotoran merasa produk terbaru Perodua yang begitu lama dinanti-nantikan.

Setelah mendengar penjelasan tentang produk, kami dibenarkan untuk melabuhkan diri di kerusi pemandu Axia. Sebelum itu kami dibenarkan membelek kereta tersebut luar dan dalam, tetapi kebanyakan kereta masih lagi bertutup dengan pelekat penyamaran kerana Perodua tidak mahu sebarang gambar yang tak diluluskan bocor kepada awam.

Kabin Axia boleh dikatakan tipikal rekabentuk Daihatsu/Perodua yang mengutamakan ruang kabin selapang mungkin dan kemasan yang agak mudah. Rekabentuk papan pemuka tidak begitu menyerlah tetapi menawarkan ‘ergonomik’ yang baik. Semua suis dan tombol mudah dicapai dan ruang simpanan barang juga mudah di akses dan ini sudah tentu antara sifat asas model dari Perodua yang ditujukan kepada pembeli biasa yang mahukan kemudahan dan keceriaan dalam kereta mereka.

Walaupun dari luar Axia kelihatan comel, tetapi ruang kabin adalah lapang dan boleh dikatakan hampir sama dengan ruang dalaman Myvi. Ini merupakan satu pencapaian yang boleh dibanggakan oleh jurutera dan pereka bentuk Perodua. Jelas mereka telah belajar banyak dari pakar kereta kecil, Daihatsu yang terkenal dengan kebolehan mereka mencuri ruang dan menghasilkan kabin yang lapang walaupun badan kereta kecil.

Dalam kemewahan ruang, Axia tidak pula melebihkan kemewahan dari segi spesifikasi kerana mreka memberi fokus kepada sifat mampu milik produk Perodua. Dengan harga permulaan RM24,999 dan pertengahan pada RM32,000, ianya merupakan antara kereta yang paling mampu dimiliki di Malaysia, walaupun mungkin ada yang akan mengatakan bahawa ianya hanya sebuah hatchback.

axia dash 2

Rekebentuk luaran Axia juga agak konservatif, keutamaan diberikan kepada pengkadaran dan cara memaksimakan ruang dan praktikaliti. Hasilnya ialah kereta yang mungkin tidak akan membuatkan kita teruja dengan fizikalnya tetapi berasa selesa dengan kebolehannya. Kereta yang dibuat di kilang serba baru milik Perodua di Serendah ini dikatakan menawarkan kualiti global dan ianya paling terserlah dari kualiti cat yang licin dan berkilat.

Kualiti cat bukanlah sesuatu yang kita selalu fikirkan apabila hendak membeli kereta tetapi ianya memainkan peranan yang penting secara bawah sedar. Walaupun kita mungkin tidak melihat kualiti cat secara dekat, namun minda kita dapat membezakan antara kualiti rendah dan kemasan yang licin dan berkilat.

Dari segi kualiti pemasangan, rasanya tak ramai yang berasa was-was dengan Perodua, dan Axia ini juga serupa. Yang menjadi persoalan ialah samada ianya seronok untuk dipandu. Ketika memberi penerangan mengenai Axia, Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh dengan jelas menyatakan ini bukan kereta untuk dirempit, kereta ini untuk dipandu dengan berhemah di bandar.

Ketika uji pandu singkat di sekitar MAEPS, kami dapati beliau bercakap benar, enjin tiga silinder Axia memang boleh dikerahkan hingga ke garisan merah namun bunyinya agak kurang merdu apabila melepasi 5,000rpm. Bunyi tipikal tiga silinder seperti ‘kumbang besar’ langsung tidak membangkitkan selera untuk memandu laju dan stereng yang agak ringan juga membuatkan kita berasa lebih selamat jika ia dipandu secara berhemah.

Ini sebenarnya bukanlah satu kritikan terhadap karektor Axia, kerana kebanyakan pembelinya tidak akan merempitkan kereta ini dan akan memahami bahawa ianya sebuah kereta bandar yang direka untuk kehidupan harian. Secara ringkas, seringkas pandu uji Axia, boleh kami katakan bahawa Axia menepati kehendak pasaran hampir 90% tetapi ianya bukanlah sebuah kereta yang membuat kita teruja.

Shamsul Yunos (Editor Funtasticko.net)

* Nantikan pelancaran rasmi Perodua Axia malam ini! Kepada sesiapa yang ada kelapangan bolehlah berkunjung ke bilik pameran Perodua yang berhampiran!

KLIK UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

20140819_160924 20140819_160845 20140819_160743 20140819_160723 20140819_131400 20140819_160712 20140819_160952 20140819_161006 20140819_161013 20140819_131031 20140819_142633 20140819_142637 20140819_130807 20140819_131051 20140819_131205 20140819_131220 20140819_130741

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

42 Comments


  • Rekabentuk bumper hadapan nampak TERLALU AH BENG dan tak original… feeling macam bumper original saga mahu convert kepada bumper evo.. so ah beng…


    • mmg terlalu ah beng dan tak sesuai langsung dengan keseluruhan design kereta. tapi mungkin perodua dah buat kajian market dan mencapai keputusan bahawa design ah beng ini lah yang paling digemari rakyat malaysia.


  • front design reminds me to Kia Picanto headlamps with Mitsubishi Lancer bumper…

    Lancer married with Picanto.. then born a baby named Axia


  • Pada pendapat saya Viva perlulah diteruskan pengeluarannya dengan kapasiti 660 dan 850cc sahaja manakala untuk kapasiti 1000cc diambil alih oleh Axia. Ini membawa maksud penjumudan Viva S- Series dan Viva Elite di pasaran.

    Sekadar pendapat saya yang tidak seberapa sahaja 🙂


    • Buatan malaysia? Saya rasa ayat bro krg tepat utk menggambarkan tentang kereta2 keluaran perodua. Mgkin ‘lebih manis’ klu bro taip kereta2 brand jepun yg dijenamakan semula dgn sedikit sentuhan ‘kepakaran kejuruteraan’ ank tempatan.


  • tekaan saya, axia akan jadi pilihan org kota, kereta kedua, untuk pergi balik kerja, harung jem dikota, kelajuan bukan faktor utama tapi penjimatan.


  • hanya org yg mementingkn safety features je xkn beli axion ni…klau beli pn mgkn under budjet..tp prcayalah beli keta proton yg under budget pn still can be proud..insyaallah


  • Hurmmm biar betul pengguna kereta axia x akan bawak laju. Rasa kt kt malaysia ni, kete perodua la jaguh di highway, myvi dgn viva.
    Lg satu axia buat di malaysia, x tepat rasanya istilah buatan malaysia


    • Hahahahahahhaaaaa….betul tu.viva & myvi jaguh highway.klu korg bwk 120-130kmj tgh potong org dpn pun viva & myvi ni cucuk blkg bg high beam suruh kita ke tepi….

      Aku bwk slow ke atau diaorg ni krg ajar & teruja pecut kereta paling jimat minyak….


  • ada masalah iklan bila buka blog ni pakai android. dri dulu lgi. Axia xyah power2 pon xpe sebenarnya sbb EEV yg sesuai utk kegunaan harian pergi balik kerja atau universiti. Penjimatan. tpi yg murah2 nilah yg biasanya di rempit. rasanya 4 bintang tu dah sesuai utk kereta jenis camni. Bab design tu malas nak cakap, subjektif, di mata org lain nampak cantik, yg lain2 pula nampak sebaliknya.


    • Sebenarnya FC ni terlalu subjektif. Banyak bergantung pd pemandu itu sendiri dan kesesatan jalanraya. Kondisi paling teruk adalah dalam keadaan jem di bandar. Sebenarnya kita perlu ada piawaian sendiri berdasarkan pada keadaan jalanraya kita. SIRIM boleh buat, Puspakom boleh mengendalikan penilaian sebelum masuk pasaran. Berdasarkan pada ini baru dia boleh layak EEV status.


  • Baru balik dr showroom perodua… mmg agak keliru dgn strategi perodua melancarkan axia ni… saiz luaran dan kabin hampir sama dgn myvi.. saiz boot lbh luas dr myvi.. tp harga rendah dr myvi…
    Selepas ni sapa yg beli myvi yg mahal tu? Sebab dr rasionalnya baik beli axia advance RM42530 berbanding myvi extreme RM61700 sbb saiz lbh kurang je malah axia menang boot… mgkn myvi extreme hanya menang kat enjin 1.5 tu jela


  • bukan untuk dirempit????… iyeke.. x percaya..hahaha..Perodua terkenal dengan jaguh highway..
    tp bila funtasticko bg tau akan ‘mengaum’ pada kelajuan tinggi..tu da dengar x menarik..means under power??..hurm..


    • Aku rasa banyak proton user critic perodua dalam ni macam they all tu bagus sangat dalam industri permotoran. Critic sana-sini, hakikatnya tak pernah pun test drive. Cakap macam bagus, macam dia dah biasa pakai either euro or japan’s car. Ada yang terpengaruh dengan kenyataan, axia ni perodua yang design atau cipta, pelik aku daihatsu ayla atau agya tu diorang tiru perodua ke? Aku pun pernah pakai perodua beb, baca, fahami dan hayati apa yang orang lain sampaikan, jangan asyik mencaci je, kalau macam tu baik kau pakai vw, nak tukar wiper pun dah high cost, jangan cerita minyak dia. Siapa nak bising? Adik-beradik dengan audi dan bugatti kan? Takkan kau tak perasan, perodua ni tak pernah keluar sedan design mahupun saloon car? Kenapa asyik sibuk nak tanya design perodua ni lebih kurang? Jengg!! Siapa perodua ni? Kih..kih..cbu ke ckd? Mestilah ckd, dipasang di Malaysia dan guna manufacture Malaysia, perodua.


  • kete x lah super sgt, pi mai pi mai cm tu gak, klau bole jurutera dan pereka contohi hyudai or kia model nye sentiasa berubah dan sesuai dgn price nye, Axia ni pun cm tiru model hyudai…ni buatan sendiri kite price mahal sgt. bila kira2 dgn loan bnk…Jurutera dan pereka hopely lah coming soon good model..thanks


  • P2 ni klakar.. buat perbandingan axia base model (standard E)dengan model-model drp pembuat yg lain.. ini bukan perbandingan apple to apple. Standard E variant yang sesuai untuk driving school.. radio, electric side mirror, abs, ebd, central lock, reverse sensor semua pun tak da..


    • Mmm.. tu strategi diorg nk tarik perhatian utk datang ker showroom diorg. Hakikatnya 50% yg membuat tempahan tu akan menempah Standard G, bukan dgn harga RM24k standard E tu:)

      Cheers!


  • Kamal,

    Ni komen automotive journalist kat motortrader;

    The first impression on moving off in the Axia was ‘there’s that motorboat noise again’, which is the characteristic sound of a 3-cylinder engine. It’s unavoidable, I guess, but it is always something that I notice with such engines. I suppose an owner will eventually get used to it and not think about it.

    I was curious about the new engine and found it to be quite a peppy little unit. On the long straight, it accelerated strongly and maintained a steady speed even when climbing up the incline. Although the engine sounded like a motorboat, it felt smoother than some other 3-cylinder engines I have experienced.

    Apa? Ni beli motorboat ke beli kereta??


  • Eloklah tu….enjin mcm motorboat, handling macam sampan, mmg sesuai ke lautlah jawabnya….jgn marah ea….kalau marah ayahanda akan dilelong……..

Leave a Reply