ARKIB

KATEGORI

Foto Tiris

Intai-intai ruang kabin Alza 2022 (D27A) varian AV!

Tular

Views

Dalam artikel terdahulu, Perodua telah mula memperlihat ruang kabin Alza 2022 (D27A) menerusi video acah terbaharunya. Namun, kita cuma dapat melihat sebahagian sahaja papan pemuka model tersebut.

Kali ini ada beberapa foto telah dimuatnaik Rishi Thiban oleh ke laman group Alza 2022 yang memaparkan ruang kabin Alza yang dirakam dari jarak dekat.

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

Meskipun resolusi foto agak kabur, tetapi kita sudah boleh mengintai ruang kabin Alza 2022 (D27A) varian AV berdasarkan kepada papan pemuka dwitonanya.

Menurut Rishi, foto-foto ini asalanya dari sebuah laman group Alza 2022 (D27A) berbahasa China, namun tidak dinyatakan secara terperinci.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Ada sedikit perubahan dilakukan oleh Perodua pada papan pemuka Alza 2022 (D27A), terutama pada unit kawalan pendingin hawa dan sebenarnya ia tidak banyak berbeza dengan papan pemuka Veloz 2022.

Ketika ini semakin banyak foto-foto intip Alza 2022 (D27A) ‘bertebaran’ di media-media sosial menjelang pelancarannya pada 20 Julai nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Rishi Thiban dan Hassan Azzahari Kamaruzaman

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply