ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: 2 unit Daihatsu Thor dikesan di Hotel Hatten

Foto Intipan

Views

Kelibat dua unit Daihatsu Thor tanpa sebarang mod penyamaran dengan plat perdagangan telah berjaya dikesan semalam di lobi Hotel Hatten, Melaka. Beberapa foto sempat dirakam dan telah dihantar oleh rakan kami Mike Maximiliano yang kebetulan berada di sana. Menurutnya, kedua-dua unit ini membawa beberapa penumpang warga Jepun yang mungkin kakitangan syarikat Toyota.

JOM BACA >> MESTI BACA: 10 model yang paling dinantikan tahun 2020

Tidak diketahui sejauh mana kebenaran maklumat tersebut, namun menurut Mike, ada sebuah unit pandu uji Toyota Vios turut mengikut rombongan tersebut, namun kelibatnya tidak dirakam dalam foto ini. Kami syak Daihatsu Thor ini bukan unit untuk tujuan pandu uji. Apa yang pasti kehadiran Thor di Malaysia bukanlah untuk mecari adiknya Loki atau mencari jalan pulang ke Asgard.

JOM BACA >> INTIP: Lynk & Co 03+ dikesan sekitar Kuala Lumpur

Kami tidak berani untuk membuat sebarang spekulasi buat masa ini, memandangkan tiada maklumat yang boleh dikaitkan dengan penemuan tersebut. Tahun lalu kelibat model ini telah dikesan di Malaysia dan ia dikatakan sedang menguji sistem A.S.A.

Mungkin Daihatsu Thor ini digunakan sebagai kereta syarikat untuk kegunaan dalaman, namun tidak pasti sama ada ia milik Toyota atau Perodua, mungkin juga Honda kerana mereka ada kilang pengeluaran di Melaka.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji
JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?
JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton
JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply