ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Adakah Daihatsu Tanto ini menguji sistem yang bakal digunakan oleh model baharu Perodua, D55L?

Foto Intipan

Views

Nampaknya semakin kerap pula Perodua menguji Daihatsu Tanto dan kali ini kelibatnya telah berjaya dikesan oleh Hazizy Shahar sekitar Tanjung Malim semalam. Unit yang sama juga pernah dikesan sebelum ini berhampiran dengan ibu pejabat Perodua di Rawang dan kami telah dikongsikannya dalam artikel yang terdahulu.

Model yang diuji ini tidak memakai sebarang celoreng penyamaran dan sudah pasti ia bukan model yang akan ditukar lencana (rebadged) oleh Perodua seperti sebelumnya. Dalam artikel sebelum ini, kami telah membuat andaian yang model Tanto itu hanya digunakan untuk menguji sistem keselamatan Smart Assist. Sistem keselamatan pintar itu bakal digunakan pada model terbaharu Perodua nanti.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Exora Running Change (RC)?

Menurut risikan kami, Perodua kini sedang membangunkan sebuah model baharu dengan namakod D55L yang bakal dilancarkan pada tahun hadapan (2020). Katanya model ini besar sedikit berbanding dengan Axia dan lebih kecil berbanding Myvi.

Tidak dipastikan sama ada model ini merupakan sebuah hatchback atau crossover/SUV dan yang pasti ia bukan model sedan. Difahamkan ada beberapa vendor telah mula menerima surat tawaran untuk menjalankan kerja-kerja pembekalan komponen model ini dan proses reka bentuknya juga telah dimuktamadkan.

JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?

Jika melihat kepada model X-Concept yang dipertontonkan semasa Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS18), besar kemungkinan itulah petunjuk paling besar yang diberikan oleh Perodua setakat ini. Kami syak D55L adalah generasi kedua Axia, kerana model generasi pertama sepatutnya sudah lengkap kitaran hayat (5 tahun).

Setakat ini info yang kami perolehi sangat terhad dan kami akan cuba mendapatkan lebih info lagi dari semasa ke semasa. Mungkin akan ada lebih banyak info mengenai model D55L akan diperolehi selepas ini, nantikan!

JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply