Laman sesawang Xuehua telah memuat naik beberapa foto yang dikatakan model baharu Geely Boyue untuk tahun 2019. Model ini dijangka membuat kemunculan seawal pertengahan 2019 dan ia agak mengejutkan kerana versi faceliftnya masih lagi baharu walaupun ia tidak banyak berubah berbanding model sebelumnya.
Kereta ujian ini masih lagi sarat dengan mod penyamaran, namun kita masih dapat melihat beberapa bahagian walaupun samar-samar terutama jeriji hadapan dengan gaya baharu yang lebih menonjol dan kelihatan lebih besar. Secara kasar, keihatan susuk unit ujian ini mempunyai pengaruh gaya rekabentuk model Geely Concept Icon yang dipertontonkan semasa Beijing Motor Show 2018 bulan April lalu.
JOM BACA >> PANAS : SUV Proton Tanpa Celoreng Penyamaran Berjaya Dikesan Di China!
Di bahagian dalam, kelihatan sedikit susun atur papan pemuka yang dikemaskini dari model semasa dan diolah dengan lebih baik. Kelihatan di konsol tengah unit skrin sentuh bersaiz agak besar dan di bawahnya pula ada sebaris susunan butang diinspirasikan dari piano. Model ini turut dilengkapi dengan butang penghidup enjin, brek parkir elektronik, sistem parkir automatik dan beberapa ciri canggih lain lagi. Spesifikasi model ini juga masih belum diketahui buat masa ini.
Di Malaysia, versi facelift Boyue bakal menjadi SUV pertama Proton dan bakal dilancarkan tidak lama lagi. Ia akan mempunyai dua fasa, yang pertama versi CBU sepenuhnya dari China dengan sedikit perubahan kosmetik di bahagian jeriji dan fasa kedua pula akan mengalami perubahan yang lebih besar dan akan dipasang sepenuhnya di Tanjung Malim tahun hadapan.
JOM BACA >> Adakah Ini SUV Perodua Kembara Generasi Baharu?
KLIK UNTUK BESARKAN
Geely Concept Icon
Apakah akan gagal seperti suprima s?
modus operandi merged geely dgn proton lain, geely memerlukan teknology rhd proton utk asean market dan proton dapat faedah dari segi ketersediaan model dan teknology dengan kos yang minimal jika dibandingkan usaha sendiri. Model2 geely juga boleh masuk dengan mudah ke negara2 asean kerana teknology yg terkini dan melepasi piawaian negara2 tersebut. Sbg contoh, engine proton tidak mampu memenuhi kehendak regualsi dan hanya mampu / dibenarkan jual pasaran domistik. tak berbalaoi!